Aku cuba menu kegemaran mantan Perdana Menteri Malaysia yang keenam, kopi Caramel Macchiatto, bahagian dua.

Post sebelum ni aku telah berjaya minum Caramel Macchiatto di kedai atau kafe tempatan sekitar Kuantan, Gambang dan Pekan. Boleh baca disini, Aku cuba menu kegemaran mantan Perdana Menteri.

Misi aku kali ni pada bulan Oktober adalah minum Caramel Macchiatto di kedai atau kafe yang terkenal di seluruh Malaysia. 


1 Oktober 2022, Sabtu

Hari ni aku mendaki Bukit Sulai dengan anak murid aku. Boleh baca kisah tu disini, Bukit Sulai dan Teluk Cempedak awal Oktober. Kemudian, kami decide pergi makan somewhere. Akhirnya, kami pergi ke Teluk Cempedak to eat our lunchlah. Lepas dah kenyang makan, aku pun beli Caramel Macchiatto dari Starbuck.


Minum kopi ni sambil nakkan suasana pantai ni boleh layan juga perasaan dia. Aku nak kongsi sikit pengalaman aku minum kopi Starbuck ni, kopi ni extra manis karamel dia datang dulu. Lepastu baru ada rasa pahit kopi dia. Bagi aku rasa dia biasa jelah. Aku bagi nilai, 3.2/5 je. Harga kopi ni RM21.20. Semua orang tahu harga kopi di Starbuck expensive. So, sesuai sangat mantan Perdana Menteri Malaysia kita minum kopi ni. Sesuai dari segi kewangan beliau. 


3 Oktober 2022, Isnin

Biasalah, awal-awal bulan ni tak sah kalau tak melencong ke bandar. Melencong bukan sekadar melencong. Ada sebabnya tau. Tapi, alang-alang kita ada kat bandar tu, kita layan hot Caramel Macchiatto dengan cuaca baru lepas hujan ni. Aku memilih untuk pergi ke Dunkin' Donut


Aku jangkakan rasa kopi dia seperti yang aku suka. Tapi, tak pun. Kuat betul pahit kopi dia. Rasa karamel dia memang tak berasa sangat. Aku bagi nilai, 2.8/5. Jangkaan aku meleset sikit. Aku sepatutnya beli ikut kriteria yang orang dalam Twitter ni beli. Harga dia antara RM11.80. Aku tak tahu exactly harga dia berapa sebab resit dia sekali dengan donut. 


4 Oktober 2022, Selasa

Hari kedua minggu ni kita pergi bandar. Macam biasalah urusan bank. Tiada urusan lain dah. Dalam fikiran aku ni, lepas habis je urusan, aku nak mengopilah apa lagi. 😂 Kedai kopi pilihan aku yang seterusnya adalah Coffee Bean Tea Leaf.


Serious aku cakap, pahit kopi dengan manis karamel dia balance. Sedap je minum. Memang mengikut jangkaan selera aku. Tak terlalu manis dan tak terlalu pahit. Aku rasa orang lain pun suka kopi dari kedai ni. Aku bagi nilai 4/5, paling tinggi nilai Caramel Macchiatto setakat ni. Berbaloilah aku beli kopi ni dengan nilai RM16.70.


7 Oktober 2022, Jumaat

Hari Jumaat macam biasa aku balik lepas solat Jumaat. Habis je solat Jumaat, terus aku aku menuju ke jalan IM 7/5 untuk ke Zuss Coffee. Kita layan macam biasa Caramel Macchiatto. Kebetulan masa tu hujan dan jalan raya agak sesak di persimpangan lampu isyarat depan KMC.


Serious aku cakap, pahit kopi dengan manis karamel dia balance. Sedap je minum. Memang mengikut jangkaan selera aku. Tak terlalu manis dan tak terlalu pahit. Rasa sedap kopi dia ni sama level dengan kopi kedai Coffee Bean Tea Leaf. Cuma harga dia lagi murah, RM11.75. Aku bagi nilai 4/5 untuk kopi ni. Sedap dan berbaloi. 


11 Oktober 2022, Selasa

Entah kali keberapa aku layan Caramel Macchiatto sepanjang bulan lepas dan bulan ni. Kedai kopi kali ni aku pergi ke Gigi Coffee. Sebenarnya, puas dan lama juga aku nak ingat balik kedai kopi ni yang baru buka di East Coast Mall ni. Aku ada ternampak kat Twitter hal pembukaan kedai kopi ni. Tapi, aku lupa. Ni, kebetulan aku ternampak nama kedai kopi ni. Terus aku search Gigi Coffee nearby me. Sekali, kedai ni yang baru buka di ECM. 


Dengan harga RM12, aku dapat minum kopi yang nice rasa dia. Rasa pahit kopi dia memang ngamlah. Cuma, rasa manis karamel dia macam kurang terasa sangat. Tapi, bagi aku ok je. Aku bagi nilai 3.7/5. Maybe after this I should try their Latte.


23 Oktober 2022, Ahad

Lama dah tak update hal kopi di Twitter. Padahal aku minum je kopi. Cuma aku malas nak update and not in a good mood. Banyak hal yang kurang menyeronokkan yang terjadi dalam minggu tersebut. Tapi, aku malas nak layan sangat hal-hal negatif ni lama-lama. Jadi, aku rasa nak mengopi pula. Jadi, mari kita beli kopi di Tealive pula.


Bagi aku, rasa pahit kopi dia just nice. Cuma, karamel dia manis sangat. Aku jangka kena dengan tekak aku. Tapi, pengalaman aku minum kopi ni biasa je. Aku bagi nilai, 3.1/5. Harga dia, RM11.80.


27 Oktober 2022, Khamis

Kali ni, kita mengopi di Richiamo Coffee. Sebelum aku ambil anak saudara aku balik sekolah, aku tapau Caramel Macchiatto sebagai peneman aku semasa memandu. Semasa aku masuk dalam kedai kopi ni, aku rasa macam familiar je dengan kedai kopi ni. Rupanya, aku dah pernah minum kopi disini. Nasken Coffee yang aku belum pergi lagi.


Kemanisan karamel dia nicelah. Pahit kopi dia pun nice juga. Rasa dia setanding Coffee Bean Tea Leaf dan Zuss Coffee. Aku bagi nilai 4/5. Harga dia, RM12.40.


28 Oktober 2022, Jumaat

Selepas solat Jumaat, aku akan pergi ambil anak saudara aku di sekolah dia. Lepas dah ambil dia, macam biasa aku nak singgah mengopi dulu. Tapi, kali ni di Kopi Mesin, KotaSas. Aku nak cuba Caramel Macchiatto dia macam mana.


Kedai Kopi Mesin tidak menyediakan iced Caramel Macchiatto dan saiz cawan dia pun kecil sahaja. Harga dia, RM7.95. Untuk rasa dia pula, rasa kopi dia pahit dan sedikit rasa masam. Rasa manis karamel hampir tiada. Aku bagi nilai, 3/5. Tapi, aku masih boleh habiskan kopi dia. 


31 Oktober 2022, Isnin

Macam biasa, balik kerja kita mengopi lagi. Kita mengopi Caramel Macchiatto di hari terakhir bulan Oktober. Kali ni kita mengopi pula di Nasken Coffee, jalan IM 7/3. Kita mengopi buat hilang mengantuk semasa memandu.


Bagi aku, pahit kopi dia not bad lah juga. Manis karamel dia nice. Dengan harga RM11.65, aku dapat kopi yang not bad lah rasanya. Aku bagi nilai, 3.5/5. Layan juga sambil drive waktu petang.


1 November 2022, Rabu

Sepatutnya, siri layan Caramel Macchiatto ni tamat hujung bulan Oktober ni. Tapi, tak boleh nak buat apa sebab aku tak puas hati nak cuba lagi Caramel Macchiatto kedai Dunkin' Donut. Sebelum ni, aku minum yang hot Caramel Macchiatto, aku kurang minat dengan kopi dia. 


Kali ni, aku nak cuba versi orang ni pula. Jadi aku order berdasarkan pilihan orang ni.


My last Caramel Macchiatto for this series. Iced Caramel Macchiatto with whipped cream. Bagi aku pahit kopi dia nice. Karamel dia manis. Pengalaman aku minum kopi ni, rasa dia not bad lah. Aku bagi nilai 3.4/5. Harga dia RM12.80. Kita layan kopi ni dalam kesesakan lalu lintas dan hujan.


Tamat sudah Caramel Macchiatto hunting aku bahagian dua. Untuk bahagian dua ni aku explore and try kopi di kedai yang quite well known dan memiliki banyak cawangan. Agak-agaknya, berapa RM aku habiskan untuk Caramel Macchiatto bagi siri ni? Jumlah perbelanjaan bagi kesemua Caramel Macchiatto, RM130.05.

Sekarang tiba masanya aku meletakkan ranking bagi Caramel Macchiatto bagi setiap kedai kopi yang aku pergi. Peringatan, ranking yang aku letakkan ni berdasarkan citarasa aku. 

  1. Caramel Macchiatto dari Zuss Coffee
  2. Caramel Macchiatto dari Richiamo Coffee
  3. Caramel Macchiatto dari Coffee Bean Tea Leaf
  4. Caramel Macchiatto dari Gigi Coffee
  5. Caramel Macchiatto dari Nasken Coffee
  6. Iced Caramel Macchiatto, whipped cream dari Dunkin' Donut
  7. Caramel Macchiatto dari Starbuck
  8. Caramel Macchiatto dari Tealive
  9. Caramel Macchiatto dari Kopi Mesin
  10. Hot Caramel Macchiatto dari Dunkin' Donut
Sampai disini sahaja siri  Caramel Macchiatto hunting untuk dua bulan ni. Satu pengalaman yang menarik mencuba kopi di kedai yang pelbagai. Ada yang harga mampu minum dan ada yang harga premium

So, in your opinion which one of these well-known cafe that you prefer to drink your coffee? Let me know at the comment section below.

Comments

Popular Posts