Pengalaman pertama kali naik Bukit Tokki, masuk gua kecil.

Ahad, 19 Febuari 2023

Haritu merupakan hari pertama aku mendaki Bukit Tokki. 

Bukit Tokki ni terletak di Beserah berdekatan dengan Kimstone Food Court & Hall. Aku sampai di Jalan Kampung Darat 1 pada pukul 7.30 pagi. 

Seramai hampir 90 orang yang menyertai aktiviti hiking kali ni. Hiking bermula pada pukul 8.30 pagi setelah selesai sesi taklimat dan warm up. Hiking masa tu dipandu oleh seorang ustadz dan dibantu oleh beberapa orang. 

#ootd aku masa hari kejadian. Kalau ikutkan hari aku nak hiking tu hujan rintik-rintik. Tapi, kami dinasihatkan untuk tidak memakai ponco mahupun hiking stick. Alasannya, laluan kami hiking tu banyak masuk gua kecil. Ianya sedikit menganggu ekspedisi pendakian dan penerokaan gua. Kami dipesan untuk membawa lampu suluh beserta sarung tangan untuk memudahkan kami semasa menjelajah kedalam gua. 






Ada beberapa gambaran semasa pendakian berlangsung. Tak banyak gambar aku ambil sebab aku nak elakkan ambil gambar orang yang ramai. 









Ini pula suasana keadaan semasa kami menjelajah kedalam gua kecil. Ada beberapa gua kecil yang memiliki ruang berbeza saiz ada yang sempit ruangnya dan ada yang besar ruangnya. Ada lantai gua yang berlubang yang agak dalam. Kalau barang berharga terjatuh susah nak dapatkan balik. Permukaan dinding gua agak tajam. Sebab tu kami dinasihatkan untuk memakai sarung tangan. Sedikit info, kawasan gua ni agak keras dan berpenunggu. Alhamdulillah, semasa eksplorasi di jalankan tiada gangguan berlaku.




Ni beberapa pintu gua yang kami lalui. Ada yang luas dan ada yang sempit. Ada yang kena turun dengan menggunakan tali malah ada yang kena meniarap masuk dan keluar.






Part gua ni paling aku suka dan agak mencabar. Nak masuk gua ni kita kena turun kebawah seorang-seorang dengan dibantu oleh guide. Kita kena pegang tali turun secara berhati-hati sebab ada laluan air didalam gua tu. Dinding dan lantai gua agak licin. Jadi, kena hati-hati. Nak keluar dari gua ni kena panjat sikit kemudian kena meniarap keluar dari mulut gua. 


Pada pukul 1.18 tengah hari, kami sampai ke kaki bukit. Ekspedisi aku untuk kalini tak mencapai ke puncak seperti yang aku harapkan. Masa ekspedisi kami habis di kawasan gua sahaja dan naik dan turun bukit. Lagipun, jumlah peserta yang terlibat pun sangat banyak yang memerlukan masa yang agak lama untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Tapi, aku dapat satu pengalaman yang baru iaitu penjelajahan gua. Sesiapa yang ada phobia tempat sempit memang tak boleh masuk gua ni.


Ni peta beserta laluan yang aku lalui semasa pendakian. Jarak aku turun dan naik bukit sejauh 3.06 km yang mengambil masa selama 4 jam 42 minit 14 saat. Dikawasan kilometer satu hingga kilometer dua lebih kawasan kami menjelajah gua. Jadi, laluan pendakian tu nampak agak bercelaru disebabkan dalam tak dapat signal phone dan GPS.


Ni gambaran bentuk kecuraman bukit yang aku daki. Puncak yang paling tinggi aku capai pada ketinggian 145 meter sahaja. Ketinggian yang biasa. Puncak tertinggi sepatutnya dalam 300 lebih. Ada sedikit turun naik bukit yang kurang ekstrim. 


Nilah benda yang aku beli semata-mata nak hiking di Bukit Tokki. Akak yang geng hiking tu cerita tahap bukit tu tak sama macam bukit yang biasa aku naik. Orang yang baru naik bukit ni tak digalakkan untuk naik Bukit Tokki ni. 

Pandangan aku bagi pendakian pertama kali Bukit Tokki ni, lagi best kalau trip hiking tu maksima 20 pendaki. Jumlah pendaki yang begitu ramai menjejaskab tempoh masa nak ekpspedisi. Laluan denai dia pun tak sama macam bukit lain yang pernah aku naik. Dengan nak masuk gua ni tak boleh main terjah pintu gua ramai-ramai. Banyak pintu masuk dan keluar gua tu muat untuk seorang sahaja masuk dan keluar. Pintu gua sempit dan kita memerlukan teknik yang betul untuk masuk dan turun gua.

Kalau dapat peluang naik Bukit Tokki lagi, memang aku nak repeat, pertama sekali aku tak sampai puncak lagi, kedua aku nak masuk semua gua tu balik. Memang best. 

Oklah, sampai disini sahaja perkongsian pendakian aku kalini. Akan datang aku akan ceritakan berkaitan pengalaman aku repeat kali kedua hiking Bukit Tokki ni. Nantikan tea yang seterusnya.

Comments

Popular Posts