Pengalaman pertama hiking Bukit Pelindung via tasik

Ahad, 12/2/2023

Hari tu adalah merupakan kali pertama aku hiking dengan circle Menapak Santai. Lokasi mendaki aku kali ni di Bukit Pelindung. Dulu aku pernah mendaki bukit ni melalui jalan tar. Cuma, kali ni aku berpeluang mendaki bukit ni dilaluan tasik, iaitu laluan trail.

Sesi hiking kali ni disertai oleh hampir 20 lebih orang peserta. Pengalaman aku hiking kali ni happy-happy sahaja. Kami memulakan pendakian kami pada hari tersebut pada pukul 8.40 pagi. Laluan pendaki aku kali ni agak nice. Tahap kesukaran pendakian bukit ni kurang sikit berbanding Bukit Galing. 

Ni aku nak belanja sedikit beberapa gambar semasa aku mendaki Bukit Pelindung.


Ketika memulakan pendakian, kami akan melalui titi yang berhampiran dengan tasik.







Beberapa gambar berjaya diambil menunjukkan permandangan hampir sekitar Bandaraya Kuantan. Boleh lihat Laut China Selatan.

Ni ada video semasa aku hiking di Bukit Pelindung. 



Ni peta beserta laluan yang aku lalui semasa pendakian. Jarak aku turun dan naik bukit sejauh 3.45 km yang mengambil masa selama 2jam 23 minit 51 saat.


Ni gambaran bentuk kecuraman bukit yang aku daki. Puncak yang paling tinggi aku capai pada ketinggian 275 m sahaja. Ketinggian yang biasa. Tiada turun naik bukit yang ketara.

Sampai disini sahaja perkongsian pendakian aku kalini. Akan datang aku akan berkongsian tentang pengalaman pertama kali aku mendaki di bukit lain. Sekian.

Comments

Popular Posts