Aku cuba menu kegemaran mantan Perdana Menteri Malaysia yang keenam, kopi Caramel Macchiatto, bahagian satu.

Dah lama aku tak buat post berkaitan dengan makanan dan minuman terutama sekali kopi. Post kali ni berkaitan dengan minum Caramel Macchiatto. Apa yang membuatkan aku nak minum dan post Caramel Macchiatto ni?

Pada mulanya aku tertarik nak cuba menu Caramel Macchiatto selepas membaca tweet diatas ni. Tapi, aku sekadar nak minum dan tweet pasal pengalaman aku minum kopi tu di platform Twitter sahaja.

Namun, semasa menghampiri penghujung bulan Ogos lepas, muncul pula Instagram story oleh anak mantan Perdana Menteri kita ni berkaitan dengan minuman kegemaran mantan Perdana Menteri kita ni.

Nampaknya, aku akan buat post baru di blog aku. Perkara yang aku nak buat adalah, aku akan mencuba menu kopi tersebut di kedai kopi yang terpilih sekitar Kuantan dan Pekan termasuk Dunkin Donut dan Starbucks. Post ni aku akan buat beberapa bahagian.


1/9/2022, Khamis

Hari ni merupakan hari pertama aku cuba minum kopi kegemaran mantan Perdana Menteri kita, Caramel Macchiatto. Kita cuba minum kopi ni di Smokey’O Coffee

Aku memesan kopi panas ni dengan harga RM10.90. kedai ni just walking distance dari tempat kerja aku. Kedai ni buka quite early, pukul 8 dah boleh beli kopi yang kita mahu. Selain tu, dia ada jual teh, kek, pastri, nasi lemak, set ikan patin dan spaghetti. Ok, berbalik kepada kopi yang aku minum ni, bagi aku kopi dia best. Manis caramel dia just nice. Pahit coffee dia pun just nice. Aku bagi nilai, 3.6/5. Boleh cuba lagi akan datang.


10/9/2022, Sabtu

Pagi tu, aku ada wacana berkaitan pendidikan. Habis program nanti, why not kita kopi hunting di Kuantan. Selepas habis wacana, aku singgah solat Zuhur di masjid kawasan sekolah. Lepas tu, aku terus menuju ke Kafe Kopi Pahit untuk mendapatkan dos kopi aku.

Aku memesan kopi sejuk dengan harga RM11 sahaja. Kedai ni berada di Batu Tiga Kuantan sebaris dengan kedai RM2 bertentangan dengan kedai RM5 dan RM10. Kedai ni turut menjual nasi lemak dan pastri. Sekarang aku nak describe sedikit pengalaman aku minum kopi ni. Rasa kopi ni pahit yang ada rasa asid. Dia ada rasa manis karamel. Bagi aku ok je rasa dia. Cuma, aku lemah sikit minum kopi yang macam ni sebab nanti mesti perut aku rasa kurang selesa. Aku bagi nilai 3/5 je.


12/9/2022, Isnin

Balik kerja aku masuk bandar sekejap atas urusan dengan bank. Alang-alang dah masuk bandar tu, aku ambil peluang untuk kopi hunting lagi. Kali ni di Barkopi EwanEcah. Kedai ni berada berhampiran belakang Wisma Rangkaian, Jalan Teluk Sisek.

Aku beli kopi sejuk dengan harga RM10 sahaja. Pengalaman aku minum kopi ni, rasa pahit kopi dia memang just nice. Lepastu dengan manis karamel dia pun sedap. Aku bagi nilai, 3.4/5. Selain minuman kopi, kedai ni juga turut menyediakan nasi lemak, nasi minyak, kek dan pastri.  


17/9/2022, Sabtu

Hari ni aku kerja part time di kedai runcit. Macam biasa, masuk je waktu tengah hari aku akan pergi keluar cari makanan. Jadi aku decide, why not aku beli kopi. Jadi ni Caramel Macchiatto yang keempat untuk bulan ni. Kali ni aku beli di Kopi.Je Pekan. Kedai ni terletak di tepi jalan sahaja berdekatan dengan Pantai Selamat dan Shell, Pekan. 

Aku beli kopi sejuk yang berharga RM10 sahaja. Bagi aku rasa pahit kopi dengan manis karamel dia memang blend dengan nice. Aku bagi nilai, 3.6/5. Boleh repeat ni. Betul lah tagline kedai ni "harga jalanan, rasa premium". 


18/9/2022, Ahad

Hari ni pun aku kerja juga. Cuma kali ni, semasa waktu tengah hari aku rajinkan diri pergi ke bandar Pekan beli makanan. Alang-alang tu aku beli kopi di Kopi Singget. Hah... Jangan salah faham ye. Nama je kedai Kopi Singget, tapi harga kopi bukanlah seringgit. Kedai ni sebaris dengan Murtabak Ismaliza dan bertentangan dengan kedai RM2.

Aku beli kopi kelima bulan ni dengan harga RM17. Sebelum ni, harga kopi ni RM15. Harga kopi meningkat seiring dengan kuantiti oz kopi yang meningkat. Pendapat aku terhadap kopi ni, manis karamel dia datang dulu. Lepastu baru ada rasa pahit kopi dia. Kuat juga kemanisan karamel kopi ni. Selepas kacau pun kemanisan karamel tetap nice. Rasa dia nice. Jadi, aku bagi nilai 3.4/5.


21/9/2022, Rabu

Sudah beberapa hari aku skip kopi. Hari ni aku ambil kesempatan untuk mengopi. Jadi kali ni kita pergi ke Kopi Amba balik dari kerja. Kedai ni berada di tepi jalan bersebelahan dengan Masjid Jamek Pantai Sepat. Kedai ni ada dua lagi cawangan kedai iaitu di Bandar Putra, Tanjung Lumpur dan Amba Coffee.

Macam biasa aku akan memesan Caramel Macchiatto ais yang berharga RM6. Pengalaman aku ketika minum kopi ni, bagi aku rasa pahit kopi dia tak kuat sangat. Tapi, manis karamel dia sedap. Dia sebati dengan kopi. Aku suka rasa kopi ni. Jadi, aku bagi nilai, 3.7/5.


22/9/2022, Khamis

Hari ni aku kena ambil mak aku. Dari tempat kerja, aku kena lalu Gambang untuk ambil mak aku balik rumah. Alang-alang aku lalu Gambang, aku singgah lah Stesen Kopi Gambang untuk menikmati kopi kedai ni. Kedai ni berada di Kampung Sri Fajar. Dari Gambang, masuk simpang sebelum Petron berdekatan dengan Bukit Sulai.

Macam biasa aku memesan kopi Caramel Macchiatto ais yang berharga RM9. Pengalaman aku minum kopi ni, bagi aku kopi dia tak pahit sangat, sedang molek. Kemanisan karamel dia pun sedang molek. Rasa susu dia agak menyerlah. Karamel dan kopi yang sebati dan sedap. Aku bagi nilai, 3.8/5.


24/9/2022, Sabtu

Tengah hari panas ni, eloklah kita minum kopi ais. Alang-alang aku pergi ke bandar atas beberapa urusan, aku singgahlah ke Orked Puteh Cafe untuk pekena kopi ais. Kedai ni bertentangan dengan kedai Murtabak Mengkasar. Asalnya kafe ni adalah Senja Nan Kopi. Tapi, kedai tu dah tak buka. Maka, Orked Puteh telah mengantikan Senja Nan Kopi. Kafe ni turut menyajikan kek dan pastri.


Macam biasa aku memesan Caramel Macchiatto yang berharga RM10. Bagi aku, rasa manis karamel dan pahit kopi dia datang serentak. Rasa kopi ni, not bad. Aku bagi nilai, 3.3/5.  


Tamat sudah Caramel Macchiatto hunting aku bahagian satu. Untuk bahagian satu ni aku cuma explore and try kopi di kedai kopi tempatan kawasan bandar Kuantan, Gambang dan Pekan. Jumlah perbelanjaan bagi kesemua Caramel Macchiatto adalah RM83.9. 

Sekarang tiba masanya aku meletakkan ranking bagi Caramel Macchiatto bagi setiap kedai kopi yang aku pergi. Peringatan, ranking yang aku letakkan ni berdasarkan citarasa aku. 

  1. Caramel Macchiatto dari Stesen Kopi Gambang
  2. Caramel Macchiatto dari Amba Coffee
  3. Caramel Macchiatto dari Smokey'O Coffee
  4. Caramel Macchiatto dari Kopi. Je Pekan
  5. Caramel Macchiatto dari Barkopi EwanEcah
  6. Caramel Macchiatto dari Kopi Singget
  7. Caramel Macchiatto dari Orked Puteh Cafe
  8. Caramel Macchiatto dari Kafe Kopi Pahit

Bulan depan, aku akan melaksanakan misi bahagian kedua dengan mencuba Caramel Macchiatto dari franchise yang terkenal seperti Starbuck dan The Coffee Bean & Tea Leaf.

So, in your opinion which one should I go first, Starbuck  or Dunkin Donuts? Write down your comment below. 👇


Comments

Post a Comment

Popular Posts