Bukit Sulai dan Teluk Cempedak awal Oktober.

1/10/2022, Sabtu

Pagi tu, Pekan dan Kuantan hujan. Dalam fikiran aku, boleh ke aku dan budak-budak ni mendaki bukit semasa hujan. Kita kena bawa payung sekali semasa mendaki ni. Aku pesan awal-awal dengan budak-budak ni bawa payung dan tak digalakkan pakai kasut untuk mendaki bukit.

Selepas selesai ambil budak-budak ni kami segera ke Bukit Sulai yang terletak di Gambang. Kami sampai disana dalam pukul 8.40 pagi. 


Dengan berbekalkan payung setiap seorang, kami mula mendaki bukit pada pukul 8.47 pagi dalam renyai hujan. Pagi tu puncak bukit diselimuti oleh kabus.

Kami pun teruskan langkah kami menuju ke puncak yang mengambil masa hampir sejam untuk sampai. Kita bagi budak-budak ni merasai mendaki bukit ni bagaimana. 







Akhirnya, pada pukul 9.34 pagi, kami berjaya sampai ke puncak bukit. Masa ni hujan dah berhenti 10 minit lepas. Matahari pun mulai menyinar. Terasa hangat sikit badan kami. Budak-budak ni teruja betul dapat sampai ke puncak menyaksikan permandangan bawah yang ada sedikit awan karpet.


Kita layan sikit video time lapse.


Kami berehat di puncak bukit selama 14 minit macam tu. Selepas tu, kami ambil keputusan untuk menuruni bukit untuk meneruskan acara kami yang seterusnya. 


Inilah gambaran perjalanan kami turun naik bukit sejauh 5.32km yang mengambil masa selama 1 jam 43 minit tidak termasuk masa rehat. 

Seterusnya, kami pergi ke East Coast Mall dan Kuantan Coast Mall untuk makan dan menonton filem di pawagam. Tapi, tak jadi pun rancangan kami tu. Budak-budak ni main permainan arked. Selepas dah puas menapak dalam mall, kami pergi ke Teluk Cempedak pula. 

Disana kami eat our lunch at MCDONALD. Budak-budak ni enjoy their fast food. Aktiviti seterusnya, kami bersiar-siar sepanjang pantai menaiki jejambat yang ada di Teluk Cempedak, sambil jalan sambil layan permandangan laut yang indah dan kera yang aktif. Kesian budak-budak ni kena kacau dengan kera. 😂 😂 



Acah-acah layan perasaan je ni. 😂


Sampai ke hujung jejambat besi kami jalan-jalan.


Bersiar-siar di persisiran pantai sampai di kawasan batuan.



Lepas dah puas hampir seharian playing tourist, kami decide untuk balik. Singgah solat Zuhur di masjid, lepastu terus aku hantar budak-budak ni balik rumah masing-masing. Nak sampai je rumah budak terakhir hujan turun dengan lebat. Basah lecunlah kami nak keluarkan barang-barang. Aku selesai hantar semua orang dalam pukul 4.08 petang. Aku sampai rumah dalam 5.07 petang. 

Sampai je rumah, aku rasa lemah je sebab sakit pada bahagian kanan muka dan kaki aku. Telan panadol hilanglah sikit rasa sakit tu. 😅 

Sampai sini sahaja perkongsian berkenaan pengembaraan kami. Akan datang kami akan mendaki ke Bukit Galing pula kalau jadi.



Comments

Popular Posts