Ringkasan sepanjang 500 km perjalanan jog aku.

500km jogging berjaya aku habiskan dengan jayanya. Kebiasaanya aku akan habiskan jogging aku sekitar bulan 11 atau 12. Tapi, tahun ni lain sikit, kita habiskan jogging sebelum bulan 10. Tapi, jogging yang tahun lepas tak habis pun. Aku nak juga langsaikan baki jogging tahun lepas yang belum habis lagi. Itu tidak mengapa. Akan diuruskan akan datang jika cuaca mengizinkan.

Tujuan post ini dibuat adalah untuk melihat prestasi jogging bagi kategori bulanan seperti:

  1. sesi paling banyak 
  2. tempoh masa yang paling lama 
  3. purata pace yang paling laju 
  4. purata laju yang paling tinggi 
  5. kalori yang paling banyak terbakar
  6. jarak jog yang paling jauh. 
Manakala, prestasi jogging bagi harian pula seperti:

  1. jarak jog yang paling jauh 
  2. pace yang paling laju 
  3. pace yang paling perlahan 
  4. purata laju yang paling tinggi 
  5. kelajuan yang paling tinggi.

STATISTIK PRESTASI BULANAN

Bulan Mac aku jog paling banyak sesi iaitu sebanyak 14 sesi. Pada bulan tersebut, misi aku adalah aku kena jog selama 28 minit sahaja. Jadi, jarak jog aku tidaklah terlalu jauh. Bulan Mac juga, musim hujan baru sahaja melabuhkan tirai. Jadi, Aku bebas untuk jog sepanjang 14 sesi tersebut.

Bulan Jun aku telah berjaya jog selama 10 jam 6 minit, dengan jarak terkumpul yang paling jauh sejauh 93.2 km dan kalori yang paling banyak terbakar sebanyak 5051 kilo kalori. Pada bulan tersebut, misi aku adalah aku kena jog untuk membakar 280 dan 560 kilo kalori dengan purata jarak aku jog adalah 5 km dan 10 km untuk bakar kalori tersebut. Jadi, sepanjang bulan tersebut aku keraplah jog jarak jauh. Semakin jauh kita jog, semakin lama masa kita jog dan semakin banyak kalori kita terbakar.

Bulan September merupakan bulan pengakhiran perjalanan 500 km jogging aku. Jadi, misi jogging aku cuma jog bawah 7 km dan aku kena cuba dapatkan pace bawah 06:00 min/km bagi tiga kilometer yang pertama. Jadi, aku kena jog dengan penuh semangat dan terbaik untuk capai misi tersebut. Berjayakah aku capai misi tersebut? Boleh rujuk pada post Bulan 9, penghujung 500 km jogging. Apa-apapun aku berjaya dapatkan purata pace yang paling laju iaitu 06:00 min/km dan disamping itu juga aku dapat purata laju yang paling tinggi iaitu 10:00 km/h. Satu pencapaian yang agak baik sepanjang 500 km aku jog bagi kategori bulanan.

STATISTIK PRESTASI HARIAN

Mari kita lihat bagi setiap prestasi jog yang aku capai sepanjang 500 km ni.


Berikut adalah data bagi sesi jogging yang mencapai pace yang paling laju, dengan purata kelajuan yang paling tinggi beserta kelajuan yang paling tinggi sepanjang 500 km perjalanan jogging aku. Aku telah berjaya mendapatkan pace 05:17 min/km dengan purata kelajuan 11.3 km/h beserta kelajuan yang paling tinggi 16.2 km/h. Sesi jogging tersebut telah berlangsung pada bulan Ogos.


Berikut adalah data bagi sesi jogging yang mencapai jarak yang paling jauh dan kalori yang paling banyak terbakar sepanjang 500 km aku jogging. Aku telah berjaya jog sejauh 10.73 km dan kalori terbakar sebanyak 602 kilo kalori. Sesi jogging tersebut telah berlaku pada bulan Ogos juga semasa aku sertai 10 km PDRM fun run. Boleh klik tersebut untuk baca perincian pertandingan jogging tersebut.



Berikut adalah data bagi sesi jogging yang mendapat pace yang paling perlahan, 7:38 min/km sepanjang 500 km aku jogging. Sesi jogging tersebut telah berlaku pada bulan Februari. Waktu tu kaki aku baru lepas sembuh daripada kemalangan jalanraya tahun lepas. Jadi, prestasi permulaan jogging aku belum cukup bagus lagi masa tu.  


Secara ringkasan, aku telah jog sebanyak 95 kali sesi dengan sejauh 500.1 km yang mengambil masa selama 55 jam 57 minit. Jumlah kalori yang terbakar adalah 27392 kilo kalori. Oklah, sampai disini sahaja perkongsian aku tentang prestasi perjalanan jogging aku sepanjang 500 km ni. Ada masa aku habiskan jarak jogging tahun lepas punya jika cuaca mengizinkan. 

Aku akhiri post ni dengan satu video penutup.





Comments

Popular Posts