Aku sertai 10 km PDRM Fun Run, boleh pula aku termuntah 🤦🏾

20 Ogos 2022

Tak lena aku tidur sebab takut tak bangun awal nak pergi acara PDRM Fun Run 2022. Sebenarnya, ni acara pertama aku masuk kategori 10 km bukan secara maya pula tu. Aku ikut kawan aku je sebab dia biasa join acara macam ni. Aku kalau tiada kawan aku memang aku tak berapa nak join mana-mana acara. Kalau acara virtual aku join je.

Aku gerak ke tempat kejadian, Bazaar Serambi Teruntum dari rumah pukul 6.35 pagi lepas aku solat Subuh. Aku memang tak mandi pun sebelum berlari. Habis acara barulah aku mandi. Aku sampai sana pun dalam pukul 7.00 pagi. Aku sampai sana, berpusu-pusu orang berkumpul untuk join acara tersebut. Lupa aku nak mention acara PDRM Fun Run ni ada tiga kategori acara iaitu 5 km, 10 km dan 60 km berbasikal. Aku masuk acara 10 km dengan kawan aku.  

Sebelum acara larian bermula, macam biasa kena panaskan badan senamrobik. Acara fun run ni dirasmikan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah. Acara larian aku bermula pada pukul 8.00 pagi. 

Berikut adalah data bagi larian 10 km aku.

Jarak sebenar aku berlari adalah 10.73 km yang mengambil masa selama 1 jam 11 minit 54 saat. Target aku nak habiskan 10 km larian bawah 1 jam 28 minit sebab aku kena mendaki dua jambatan dan aku kena lari kawasan yang aku tak biasa lari. Tapi, aku berjaya lari bawah 1 jam 28 minit ni kira oklah bagi aku. Aku berjaya bakar kalori sebanyak 602 kilo kalori, lebih daripada kebiasaan aku bakar kalori paling tinggi pun 560 kilo kalori. Purata pace aku biasa sahaja bagi larian 10 km iaitu 06:41 min/km. Purata kelajuan aku adalah 9.0 km/h. Manakala, kelajuan yang paling tinggi Aku capai sepanjang larian aku ni adalah 12.1 km/h.

Berikut adalah data bagi purata pace bagi setiap kilometer larian yang aku buat.

Aku berjaya capai pace bawah 06:00 min/km untuk 3 km pertama. Untuk kilometer keempat sampai kilometer kelapan pace aku makin perlahan berada antara 06:10 min/km hingga 07:00 min/km. Masuk kilometer kesembilan pace aku jadi makin perlahan sampai lah habis larian. Pace aku paling laju pada kilometer yang kedua iaitu 05:41 min/km. Manakala, pace aku yang paling perlahan pada kilometer yang kesepuluh iaitu 08:01 min/km.

Sekarang mari kita tengok laluan yang aku lalu sepanjang 10 km aku berlari. S

Permulaan larian aku agak laju sebab aku nak bersaing hampir 400 ratus orang pelari. Larian aku menjadi semakin mencabar semasa nak naik Jambatan Tanjung Lumpur menghampiri kilometer yang pertama. Masa tu betis aku rasa pressure je.😅 Selepas tu, aku masuk Jalan Teluk Sisik dan terus ke Jalan Besar. Antara kilometer kedua dan ketiga, aku lari depan Menara Kuantan 188. Semasa ni aku banyak pintas orang dan dipintas oleh orang yang sama. 😂 Boleh tahan jugalah stamina mereka semua ni terutama sekali yang vateran ni. Stamina dan mental aku tak kuat macam mereka. 😂 Aku tengok mereka pintas aku, jadi rasa macam terbakar juga. Tapi, nak pintas balik tu susah juga. Seterusnya yang membuatkan aku lagi mental apabila kena naik jambatan kedua, Tanjung Lumpur Second Bridge antara kilometer yang kelima dan Keenam. Dari jauh aku nampak masing-masing tengah merangkap naik jambatan dengan aku sekali merangkap. 🤣 Semasa nak turun tu kemain lagi laju menurun melalui Jalan Pintasan Tanjung Lumpur. Kemudian masuk kembali jalan Jalan Tanjung Lumpur menuju ke garisan penamat. Tak silap aku semasa berada di Jalan Tanjung Lumpur tu aku ada sedawa dan muntah sikit sebab masa tu badan aku ada banyak angin berkumpul tapi tak lepas nak keluar. Selepas aku minum air 100 plus kot terus rasa nak sedawa sampai termuntah. Tapi aku teruskan sahaja larian aku. Sebelum nak sampai garisan penamat iaitu semasa melepasi kilometer kesepuluh, aku kena buat pusingan U-turn bawah jambatan Tanjung Lumpur tu untuk menuju ke Serambi Teruntum balik. 

Sampai je garisan penamat, aku terima medal kerana berjaya habiskan 10 km larian. 

Selepas habis larian, aku pergi ambil makanan dan minuman yang tersedia. Tapi, aku tak makan terus makanan tu. Aku bantai minum Milo berulang-ulang sampai penuh rasa perut. 

Halangan yang aku tempuh semasa larian tu, aku mulakan larian aku dengan laju lepastu kena mendaki pula. Lepastu mulalah rasa penat sikit. Selain tu, aku bawa beban di belakang aku.  Aku letak segala barang yang penting dalam beg. Aku jadi sedikit terganggu dan kurang fokus semasa berlari. Kemudian, beban aku jadi bertambah apabila aku sampai check point air. Aku dapat botol air minuman setiap dua check point. Cuma pada check point yang terakhir, aku dapat  secawan 100 plus dan aku terpaksa minum sambil berlari. Habis tumpah air manis pada tangan aku. Selebihnya mental aku kurang kuat  apabila dipintas oleh orang. 🤣 Lagi koyak mental aku apabila kena mendaki kali kedua dengan kecerunan yang boleh tahan mencabar juga. Semasa beberapa kilometer terakhir, beg yang aku sandang tu boleh pula terkoyak tali dia. Aku terpaksa pegang beg tu sampai ke garisan tamat. Semasa mula-mula larian pun aku banyak kali ubah gaya pemakaian beg tu. Jadi, larian aku memang kurang fokus.

Sampai sini sahajalah perkongsian aku berkenaan acara larian yang aku masuk ni. Akan datang kalau ada rezeki dan peluang, aku akan sertai lagi acara dan kongsikan lagi pengalaman aku. 


Comments

Popular Posts