Bulan 9, penghujung 500 km jogging. Ibarat jog dari Pekan ke Kuala Kangsar.

Pejam celik pejam celik. Sedar-sedar, kita sudah masuk bulan Oktober. Pada hari Isnin, 26/9/2022 merupakan hari terakhir aku jogging 500km untuk tahun ni. Perasaan seronok bercampur sedih sebab lepas ni dah tak jogging, mungkin.... Nak fokus naikkan berat badan dan buat aktiviti lain.


Aku telah berjaya menghabiskan 500 km jog aku awal 97 hari. 

Bulan lepas, aku cuma jogging jarak dekat sahaja iaitu bawah 7km, memandangkan aku sudah menghampiri 500km. Selain tu, aku nak cuba dapatkan pace bawah 06:00 min/km untuk 3km yang pertama. Tetapi, agak susah juga bagi aku untuk dapat berbuat demikian.

Apa-apapun mari kita lihat ringkasan bagi prestasi aku jogging sepanjang bulan September ni.


Aku berjaya jog sejauh 41.5km sebanyak 11 kali sesi. Jumlah kalori yang terbakar sepanjang aku jog sebanyak 2289 kilo kalori. Purata kelajuan yang mampu aku capai adalah 10.0 km/h, purata kelajuan yang tertinggi sekali bagi sesi 2022 ni. Manakala kelajuan yang paling tinggi sekali pada bulan ni adalah 14.0 km/h, tidak selaju kelajuan jog bulan lepas. 

Berikut adalah data bagi jogging aku yang memiliki pace yang paling perlahan.


Purata pace yang mampu aku capai pada waktu tersebut adalah 06:24 min/km.

Manakala, data dibawah ini pula merujuk sesi jogging aku yang memiliki pace yang paling laju.

Purata pace yang mampu aku capai pada waktu tersebut adalah 05:26 min/km.

Aku berjaya mendapatkan pace bawah 06:00 min/km untuk tiga kilometer pertama untuk dua sesi sahaja.





Selepas tamat 500 km jogging, aku dapati kondisi kaki aku jadi kurang selesa semula. Jadi, aku kena rehatkan kaki aku dulu supaya kondisi kaki aku baik.

Perancangan seterusnya, what should I do next?

Comments

Popular Posts