Pengalaman kali kedua short hiking Bukit Rangin.

Rabu, 22 Febuari 2023

Kalini aku cuba hiking Bukit Rangin lepas Asar. Aku keluar sekolah dalam pukul 3 lebih. Lepastu aku lepak kat perumahan kawasan situ sampai Asar. Aku hiking dengan dua orang lagi ahli kumpulan Menapak Santai diketuai oleh Kak Ikin.

Kami mula hiking pada pukul 5.40 petang. Agak lambat kami mula hiking. Tapi, perjalanan tak berapa jauh. Laluan pintu masuk hiking kali ni ada perubahan sedikit atas sebab yang tertentu. 


Serious, gayat aku nak berdiri atas tu. Takut jatuh je. Dengan angin tiupnya lagi. Dengan ditemani oleh Kak Ikin dan rakan-rakan yang lain, sampai juga hajat nak bergambar puncak ikonik Bukit Rangin ni.


Belah sana tu perumahan Bukit Rangin.


Belah sana ada tempat latihan menembak kalau tak silaplah.


Suasana di Sungai Kuantan dari atas Bukit Rangin waktu petang nak senja dah. Sunyi je. Dengar sayup-sayup je bunyi kenderaan.


Ni peta beserta laluan yang aku lalui semasa pendakian. Jarak aku turun dan naik bukit sejauh 500 m yang mengambil masa selama 58 minit 15 saat. Tempoh masa agak lama sedikit sebab kami berhenti agak lama untuk menikmati suasana tenang waktu petang senja. 


Ni gambaran bentuk kecuraman bukit yang aku daki. Puncak yang paling tinggi aku capai pada ketinggian 30 m sahaja. Tidak begitu tinggi sangat.

Bagi aku pendakian kedua aku di Bukit Rangin sudah cukup lengkap sebab aku berjaya sampai ke check point yang geng Menapak Santai duduk. Terima kasih Kak Ikin and the geng. Dengan bantuan mereka, boleh lah aku capai puncak Bukit Rangin yang ikonik ni. 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan keadaan laluan hiking bukit ni, boleh rujuk post Impromptu solo hiking and exploring di Bukit Rangin yang lepas. Sorry for the late post. Jangan lupa untuk ikuti ekspedisi bukit aku yang seterusnya.


Comments

Popular Posts