Impromptu solo hiking and exploring di Bukit Rangin.

Khamis, 12 Januari 2023

Hari ni aku pergi kerja dengan berpakaian sukan sebab hari Khamis aku ada kelas Pendidikan Jasmani dengan murid-murid tahun tiga. 

Selepas solat Zuhur, aku terus pergi ke Bukit Rangin dari sekolah yang mengambil masa lebih kurang 9 minit. Aku gerak dari Indera Mahkota 5, kemudian masuk jalan bypass Kuantan menghala ke Pandan. Untuk pergi ke Bukit Rangin, aku perlu buat U-turn berdekatan Marrybrown bypass Kuantan. Kemudian, aku masuk ke simpang Petronas. Dengan berpandukan peta aku pun pergi ke kawasan permulaan mendaki bukit. 

Aku sampai di kaki bukit tersebut dalam pukul 3 suku. Kemudian, aku mengambil keputusan untuk WhatsApp kak Ikin bertanyakan hal laluan masuk ke Bukit Rangin. Aku mulakan pendakian dengan berpandukan maklumat yang diberikan oleh kak Ikin. 

Permulaan pendakian aku dimulai dengan laluan yang berumput di bawah pokok yang merimbun. Masa tu cuaca agak terik juga. Tapi, aku teruskan juga perjalanan aku.

Semalam hujan agak lebat di Kuantan. Sebab tu ada certain laluan berair.

Masa ni aku baru rasa pendakian. Laluan dia berbatu warna merah. Laluan pun tidak dilitupi dengan pokok renek.



Aku sampai ke satu kawasan mendatar yang agak luas. Boleh nampak permandangan Sungai Kuantan dan Kuantan dari kawasan ni.


Macam biasalah ada kawasan yang boleh bergambar, kita bergambar walaupun solo hiking dan tanpa tripod. Kamera phone letak pada celah ranting pokok je.

Pendakian aku belum sampai ke penghujung sebenarnya. Jom kita mendaki dengan lebih tinggi lagi. Layan video celoteh aku mendaki ni.






Akhirnya aku sampai ke puncak yang sempat aku takluk. 


Permandangan yang aku pamerkan ni dari atas batu besar yang mampu aku panjat. Kelihatan Sungai Kuantan dan perumahan Bukit Rangin.


Ni peta beserta laluan yang aku lalui semasa pendakian. Jarak aku turun dan naik bukit sejauh 500 m yang mengambil masa selama 33 minit 51 saat.

Ni gambaran bentuk kecuraman bukit yang aku daki. Puncak yang paling tinggi aku capai pada ketinggian 29 m sahaja. Tidak begitu tinggi sangat.

Walaubagaimanapun, pendakian aku pada hari tersebut tidak selengkap pendakian rakan-rakan hiking yang lain. Aku tidak berkesempatan mendaki dan menjelajah bersama mereka. Tambahan pula aku kesuntukan masa untuk mendaki. Banyak tempat yang belum aku terokai lagi. 

Mungkin akan datang aku akan daki lagi Bukit Rangin secara mingguan selagi diri ini rajin dan larat. Sampai disini sahaja kisah ringkas pendakian dan penerokaan aku secara ringkas. Nanti aku update kalau aku daki lagi bukit ni. Sekian.

Comments

Popular Posts