Impromptu hiking and exploring di empangan Bukit Galing.

28 Oktober 2022, Jumaat

Pelik-pelik je kerja aku ni naik Bukit Galing semata-mata nak pergi empangan dia. Sebelum ni, semasa Bukit Galing dengan kanak-kanak riang aku nak pergi dah empangan tu. Tapi, masa tu aku tak jumpa simpang nak menghala ke empangan. Jadi, hiking kali ni kita cuba naik sampai ke empangan sahaja. Kami naik empangan melalui Taman Polo. Laluan paling dekat nak ke empangan. 


Permulaan pendakian kami menaiki longkang tangga ni. Ada beberapa kawasan pada longkang ni berlumut. Jadi, jalan dia agak licin sedikit. Aku hiking dengan berseluar kerja dan berselipar sahaja.



Pendakian kali ni hampir 73% adalah laluan berbatu yang agak mencanak seperti ni.



Selain laluan berbatu, aku kena tempuh air terjun tersembunyi yang agak nice. Dia ada beberapa kolam. Tapi, aku tak berani nak mandi. Takut dalam je. Kalau aku pakai pakaian proper pun aku tak berani nak mandi. Aku tak sure orang lain ada mandi tak kat situ. Sepanjang pendakian tu, memang kena langkah dengan hati-hati terutama sekali ketika melalui batuan yang licin penuh dengan lumut. Kalau tergelincir tu jatuh bergolek saja je. 

Akhirnya, selepas bergelut mendaki batu dan jalan tanah yang licin, meranduk air terjun mini, pada pukul 3.53 petang aku sampai di empangan Bukit Galing. 


Aku beranikan diri untuk meniti laluan empangan tu. Laluan dia agak lebat dan berlumut sikit.



Laluan seberang empangan tu bersambung dengan laluan hiking sebelum ni, Bukit Galing dengan kanak-kanak riang. Aku tak jumpa laluan ni. 


Sebelah kanan tu air takungan empangan. Manakala sebelah kiri tu air takungan yang mengalir turun kebawah. Air dari takungan ni lah yang menyebabkan terhasilnya air terjun mini tu.


Ni air yang mengalir dari empangan tu. Jika air takungan tu melimpah, air akan mengalir keluar dari lubang air lalu mengalir kebawah. Boleh bayangkan betapa tingginya tembok tu. Maknanya empangan tu dalam. Maybe. 🤔


Nice scenery. Memang enjoy layan view dia. Nampak dalam air dia.


Gayat weh tengok bawah tu. Memang tinggilah tembok dia. 

Selepas sudah hilang lelah lepak kat sana, aku pun ambil keputusan untuk menuruni bukit. Masa naik bukit tadi pun dah struggle. Turun bukit kena extra careful lalu tanah dan batu yang licin. Aku tak berani turun bukit berdiri. Aku banyak duduk semasa turun. Ada satu kawasan tu, batu dia licin berlumut, aku tersilap step jatuh terduduk atas batu. Kaki tercelup dalam air. Habis kotor dan basah sikit seluar. 😂 Lama juga masa aku habiskan untuk lalu kawasan air terjun sahaja. Sampailah masuk kawasan laluan denai pula. Baru rasa lega sikit. 



Permulaan aku naik dan turun bukit melalui longkang saluran air ni. Pukul 6.32 petang aku sampai di kaki bukit. Lega sikit sebab berjaya sampai ke empangan Bukit Galing tu. Tahun depan boleh repeat lagi pergi empangan ni. Laluan pendakian lebih mencabar sikit sebab kena lalu batuan yang licin. 


Ni laluan aku turun naik bukit ke empangan Bukit Galing yang mengambil masa 50 minit 8 saat termasuk rehat dengan jarak sejauh 930 meter sahaja. 

Seterusnya, aku terus balik ke rumah dengan perasaan gembira. 😁

Comments

Popular Posts