Bukit Galing dengan kanak-kanak riang.

24 Oktober 2022, Isnin

Sekarang cuti sekolah ni. Aku ambil peluang bawa remaja yang baru nak up pergi mendaki ke Bukit Galing pula. Cuaca masa ni molek cerah. Budak-budak tak sabar sangat nak pergi hiking. Budak-budak ni kan dapat je berita pasal nak naik Bukit, automatic cergas dan teruja.

"Kita repeat lagi hiking guys." Kata aku pada kanak-kanak riang ni. Kali ni, anak saudara aku joins sekali dalam ekspedisi ni. 


"Kumpul kaki semua. Ayuh kita mendaki." Budak-budak ni teruja nak merasai pendakian denai tanah yang curam dan mencabar ni. Kami mulai pendakian kami pada pukul 9.28 pagi. 

Tak banyak perkara yang nak aku taip kali ni. Jom kita layan sedutan video pendakian yang kami lalui. 





Macam biasa sebelum sampai ke puncak, kita akan naik pacak. Kena pegang tali.


10.15 pagi, kami baru sampai puncak Bukit Galing. Lama jugalah nak boleh sampai ke puncaknya. Mana taknya, budak-budak ni asyik-asyik nak berhenti rehat. Kita layan kan je. Ikut pace budak ni. Kalau naik dengan kawan aku haritu, Siri mendaki bersama kawan UMP mendaki Bukit Galing, sekejap je sampai. 

Lepas puas lepak dekat puncak dalam beberapa minit, kami pun mula menuruni bukit menuju ke destinasi seterusnya. Bahagian laluan ni aku suka. Kali kedua aku lalu jalan ni. Semasa trip hiking dengan kawan UMP aku dulu, tak lalu pun laluan tu sebab aku tak jumpa laluan tu. 🤦‍♂️ Jom kita layan video seterusnya.





Aku suka betul part lalu denai yang penuh pokok Resam ni. Laluan dia nice and enjoyable. Memang layan sangat lah. 


Papan tanda ni berada di persimpangan sama ada nak pergi empangan atau pergi ke air terjun. 

Aku sebenarnya nak pergi ke empangan. Tapi, sebelum nak sampai ke denai menghala ke empangan tu, kami terpaksa pusing balik sebab aku confuse dengan laluan tu macam nak sampai ke Taman Polo. Kami pun bergerak menghala ke air terjun lah. Budak-budak ni excited sangat nak mandi air terjun.


Kami sampai di air terjun pukul 11.41 pagi. Seronok betul budak-budak ni dapat mandi air terjun. Sejuk je air dia. Nikmat betul mandi air terjun selepas mengharungi denai yang penuh dengan pokok Resam. Segar badan. 


Aku mandi kejap je bagi basah badan dan kepala. Aku pun ajak budak-budak ni gerak menuju ke kaki bukit pula. Dalam 12.30 ppm kami mula bergerak.





Kami sampai ke kaki bukit dalam pukul 12.53 pm. Kami pun terus mandi dan solat di Petronas berdekatan. 


Inilah gambaran perjalanan kami turun naik bukit sejauh 4.21 km yang mengambil masa selama 3 jam 31 minit tidak termasuk rehat.

Seterusnya, kami pun pergi ke mall untuk makan tengah hari, lepak-lepak dan balik ke rumah masing-masing. Gembira betul budak-budak ni dapat hiking sampai ke puncak dan mandi-manda di air terjun. 

Aku sampai di rumah aku dalam pukul 6.49 petang setelah selesai hantar balik budak-budak ni.

Comments

Popular Posts