Siri mendaki bersama kawan UMP, mendaki di Bukit Galing.

14 Ogos 2022, Ahad

Siri sebelum ni, aku dan kawan aku pergi mendaki Bukit Panorama di Sungai Lembing. Kali ni, kami pergi ke Bukit Galing pula. Bukit Galing ni aku pergi kali kedua dah ni. Kira kita repeatlah ni. Perkongsian aku kali ni akan aku sajikan lebih banyak video berserta gambar.

Kami memulakan pendakian kami pada pukul 9.09 pagi. 


Tapi, sebelum kita mulakan pendakian, kita makan dulu chocolate bar untuk boost energy. Sepanjang perjalanan tu aku snap beberapa keping gambar untuk diletakkan dalam post ni.

Tau tak ni semut ke kerengga? Saiz dia semacam besar. 

Kami mendaki kadang-kadang laju kadang-kadang perlahan bergantung kepada tahap kecerunan laluan. 


Tapi, kalau dah penat, takdenya nak laju-laju. Macam dalam video ni aku jalan je sebab nak rakam video ni kena jalan perlahan tak nak bagi gegar. 😂

Ada masa kalau laluan tu darjah kecerunan dia lebih 50°, dia ada bagi tali untuk kita paut semasa mendaki.


Sepanjang perjalan mendaki ke puncak memang kita akan jumpa beberapa batu besar contoh macam gambar bawah ni.


Kena hati-hati lalu kawasan ni takut kepala terhantuk. 😂 



Selain tu, kita kena jalan sambil tengok tanah sebab laluan dia kadang-kadang ada akar yang berselirat. Kalau salah langkah, boleh tersadung ke tanah.


Ni pendakian kecerunan lebih 60°, tali ke 15 kalau tak silap sebelum sampai ke puncak. 


Akhirnya, sampai juga kita di atas puncak Bukit Galing pada pukul 9.58 pagi. Kita layan chocolate bar yang kedua pula. 


Post sebelum ni, Ada satu lagi air terjun berhampiran Bandaraya Kuantan, aku tak berdiri pun dipenjuru puncak ni. Kita layan perasaan kejap duduk kat situ sambil menikmati keindahan Bandaraya Kuantan.




Kita zoom in supaya nampak dekat Menara Kuantan 188

Selepas puas duduk di puncak melepaskan lelah dan makan-makan, pada pukul 10.18 pagi, kami pun mengambil keputusan untuk menuruni bukit dengan melalui laluan satu lagi sama seperti tahun lepas. 

Kali ni kami nak pergi ke dua-dua lokasi yang ada pada bukit iaitu air terjun dan empangan mini. Namun, sebaliknya telah berlaku. Pada mulanya, aku memang tak perasan langsung yang kami tidak berada pada laluan yang pernah aku lalu dulu. 

Lama-lama kami jalan, aku macam "Kenapa laluan ni macam tak sama macam tahun lepas? Ke sebab dah setahun aku tak lalu, aku dah lupa laluan nak kesana." Aku ada perasan juga semasa mendaki naik ke puncak sampai nak turun ikut laluan lain, banyak laluan dah tutup. 

Sampai lah aku jumpa kumpulan pertama masa nak ke air terjun dan empangan, aku tanya pasal laluan nak kesana. Orang tu tanya, aku ada bawa parang tak? Sebab kalau nak kesana, kena tebas sikit sebab laluan dia dah dilitupi dengan semak. Aku macam, "Oo.. ok." Kami pun teruskan perjalanan seperti biasa.


Macam-macam jenis laluan yang kami lalui ada yang kena meniti batang kayu.


Ada yang kita lalu dibawah teduhan pokok yang renek dan sedikit menurun.



Selang beberapa belas minit kami menuruni bukit menuju ke lokasi, kami berjumpa satu lagi kumpulan yang end up kami bergabung dengan kumpulan tersebut sampai turun ke kaki bukit dan jalan kaki sejauh 6 atau 7 km ke tempat kami memulakan pendakian.

Kami pun bergabung dengan kumpulan tersebut. Aku pun berbual dengan mereka ni. Banyak info berkaitan dengan trip mendaki bukit dan gunung yang aku dapat. Ada satu trip tu kita boleh naik satu gunung yang ada di Pulau Tioman dengan bayaran untuk satu kepala yang agak murah dari kebiasaan. 

Sambil jalan sama-sama tu, aku tanya pasal laluan nak ke air terjun dan empangan mini. "Kenapa tak nampak laluan yang sama?" Rupa-rupanya laluan tu memang dah tutup. Maknanya laluan yang tutup tu laluan yang sebenar nak ke air terjun dan empangan mini. Sepanjang kami mendaki ke puncak dan menuruni puncak kami cuma ikut sahaja tali penanda laluan. Jadi, peluang untuk sesat tu sedikit sahaja. Unless kalau kita saja nak keluar dari laluan.

Tapi, akan datang kalau nak pergi ke air terjun tu, kita boleh lalu ikut laluan satu lagi. Sebab laluan satu lagi tu adalah laluan balik dari air terjun. Kami pun jalan sampai terjumpa satu aliran air seakan-akan air terjun.



Mesti ni laluan air. Jadi, ada peluang aku dan kawan aku mandi air terjun. Yes.... 😂 Masa tu, kumpulan tu berhenti kejap sambil celup-celup kaki. Aku dan kawan aku pun apalagi mendaki naik ke atas lagi, manalah tahu kot-kot boleh sampai ke air terjun yang kami nak pergi tu. Tapi, aku rasa mustahil nak sampai ke sana sebab jauh jugalah jarak nak sampai ke air terjun tu sebab kami dah rentas bukit tu ke seberang kaki bukit yang lain. Masa tu aku tengoklah peta. 

Memang jauh sangat dah kami ni dari tempat kami mula mendaki. 😅 Jadi, sini pun kira bolehlah kami mandi. Cuma, kena cari kolam yang dalam, besar dan air yang mengalir laju sedikit. Baru sedap nak mandi.


Bolehlah mandi kolam ni. Kalau nak naik atas lagi malas aku, sebab jalan berbatu dia agak licin, penuh dengan lumut. Selepas kami dah puas mandi air terjun tu, kami pun terus bergerak turun balik masuk kelaluan tadi. Kumpulan tadi pun dah lama bergerak turun ke kaki bukit. 

Sekejap je tak sampai lapan minit kami pun sampai ke kaki bukit.



Rupa-rupanya sampai dekat kaki bukit ni air tu mengalir. Ingatkan air tu melencong ke tempat lain. Tapi yang lebih mengejutkan lagi adalah.......


kami turun ke kaki bukit dalam kawasan UIA Kuantan rupanya. 🤔 Even kumpulan yang kami ikut tu pun turun tempat yang sama. Aku ingat turun di Taman Polo. Aku rasa kumpulan tadi tu pun pertama kali turun disini. 


Inilah gambaran perjalanan kami merentasi bukit ni sejauh 3.12 km selama 2 jam 2 minit tak termasuk berhenti di puncak dan mandi air terjun.

Tibalah masa part yang tak boleh tahan, kami semua pakat ramai-ramai jalan kaki dari UIA Kuantan balik semula ke tempat kami mula mendaki lalu ikut jalan dalam. Jarak dari UIA Kuantan ke tempat kami mula mendaki lebih kurang dalam lingkungan 6 atau 7 km yang mengambil masa dalam satu jam lebih. 


Nasib baik ada akak dalam kumpulan tu belanja kami jus tembikai. Rezeki weh dapat jus tembikai waktu tengah hari dan jalan kaki matahari atas kepala. 😅 Akhirnya, kami sampai ke tempat aku letak kereta sebelum pukul 2.46 petang macam tu. 

Lepastu, aku dengan kawan aku berpisah dengan kumpulan tu membawa haluan masing-masing. Kami sempat lagi bertukar nombor telifon mana tau akan datang boleh sertai sama-sama pengembaraan mendaki ke bukit dan gunung seterusnya. Sampai disini saja perkongsian aku untuk siri ni. Kita akan bertemu pada siri akan datang.




Comments

  1. UMP Universiti Malaysia Pahang ke ?

    Campus mana dan batch tahun berapa ?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts