Mandi air terjun di Bandaraya Kuantan. Hiking dengan kawan sekolah rendah.

11 April 2021, Ahad

Awal-awal pagi aku dan dua orang kawan aku bertolak ke Kuantan untuk merasai pengalaman mendaki sebuah Bukit yang baru aku tahu, selama ni tak pernah tahu pun. Aku dapat tahu pun dalam Video Hiking Bukit Galing. Aku terus hubungi orang yang muat naik video berkenaan bukit tu. Berbalik kepada bukit tersebut, nama bukit tu adalah Bukit Galing.

Kami sampai di tempat berkumpul dalam pukul 7 lebih. Selepas sesi penerangan, kami mula mendaki secara berkumpulan. Ada berapa orang yang mahir akan selok-belok bukit itu akan memberi tunjuk arah kepada kami. 

Dalam masa sejam lebih, kami sampai ke puncak. Boleh tahan juga laluan mendaki dia. Nak sampai ke puncak tu, kena daki pacak hampir 90 darjah yang memerlukan kau memegang tali.

Nah, aku belanja video ketika berada di puncak bukit. 

Aku tak berani nak duduk dekat hujung puncak bukit ni. Takut jatuh tergelincir je. Lagipun masa tu ramai orang. Aku cuma duduk setempat untuk menghela nafas selepas penat mendaki.

Aku belanja dua keping gambar permandangan Bandaraya Kuantan dari puncak bukit.



Selepas puas berehat, sudah tiba masanya kita lanjutkan perjalanan kita menuruni bukit menuju ke air terjun seperti yang aku nyatakan pada tajuk post ni. Perjalanan menuruni bukit melalui jalan yang berbeza daripada perjalanan mendaki. 


Setelah berapa minit menuruni bukit, akhirnya sampai juga ke air terjun.


Aku tak pernah terfikir pun berdekatan Bandaraya Kuantan ada air terjun. Walaupun air terjun tu bersaiz mini, namun aku puas dan seronok dapat mandi dan sejukkan badan setelah berpeluh mendaki dan menuruni bukit. Indah juga air terjun dia.

Lepas puas mandi, kita makan Milo bar sambil layan alarm semulajadi.

Dalam aku sedang berseronok masa tu, aku tak sangka aku berada dalam kumpulan jiran perumahan aku. Aku usaha juga untuk menyorok, malas nak bertembung. Akhirnya, terserempak juga.

Dalam pukul 2 lebih tu kami telah berjaya sampai ke kaki bukit. Aku dan kawan aku terus pergi ke Petronas yang berdekatan untuk mandi, salin pakaian dan solat Zuhur. Kami makan tengah hari semasa dalam perjalanan balik ke rumah. 

Bagi aku, pengalaman mendaki bukit kali ni adalah satu pengalaman yang menyeronokkan sebab aku dapat berkenalan kawan-kawan yang baru.

Comments

  1. Hahahah.. samalah bila nampak orang yg kita kenal. Penat menyorok, alih² terserempak jugakk...😆😆😆

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts