Siri mendaki bersama kawan UMP, mendaki di Bukit Panorama.

26 Jun 2022, Ahad

Aku sampai rumah kawan kemudian terus bergerak ke destinasi yang dituju. Aku malas nak gerak awal pagi. 


Masih lagi on our way nak ke destinasi ni.


Baru sampai pintu gerbang Sungai Lembing. Lambatlah nak mula mendaki ni. 😅

Lambat betul kami mula mendaki bukit Panorama. Biasa orang mendaki bukit ni masa awal pagi lepas Subuh. Maknanya, kalau aku nak mendaki Panorama lepas Subuh, aku kena gerak ke Sungai Lembing dari Pekan pukul 4 lebih pagi. Tak semudah begitu aku nak bangun awal semata-mata nak mendaki Panorama. 


Baru sampai puncak. Memang lenggang puncak masa ni. Ada dua tiga orang sahaja masa kami berada dipuncak bukit. Masa ni matahari menyinar agak terang dan panaslah. Kena berteduh kejap.




Layan perasaan betul duduk dekat atas ni. Rasa nak mendaki bukit atau gunung belah sana.



Ni video semasa dipuncak Panorama yang ada dalam simpanan aku. Puncak yang ni pertama kali aku naik. Puncak yang ni tiada pokok. Jadi, kita dapat nikmati 360° panorama.

Lepas dah puas kami menikmati permandangan dipuncak bukit, kami pun menuruni bukit menuju ke destinasi kami seterusnya.


Seterusnya, kami pergi ke Seduh Kopi. Kalau nak pergi ke Seduh Kopi, kena pergi Sungai Lembing, hari Sabtu dan Ahad sahaja yang berkesempatan. Akhirnya, aku berpeluang menikmati kopi di Seduh Kopi. Sekarang, kedai kopi ni dah ada cawangan lain di luar Sungai Lembing dan dibuka pada hari bekerja.



Aku mencuba kopi Lombong YBS, roti bakar cicah sup cendawan. Kopi, roti dan sup dia memang terbaik. We ate well. We enjoyed our food. 

Selepas kenyang brunch, kita pergi jalan-jalan tempat lain pula. Lokasi seterusnya, kita jalan-jalan atas jambatan gantung pula.



Selepas dah puas jelajah kawasan Sungai Lembing, tiba masanya kita nak balik pula. Sebelum tu, kita singgah ke salah sebuah lokasi berkelah yang terkenal di Sungai Lembing, Pasir Kubur atau sekarang sudah diberi nama baru, Pasir Puteri. Tempat ni sesuai untuk berkhemah sebab ada vibe duduk dalam alarm sekitar, hutan dan sungai. Tempat ni sebenarnya dah banyak meragut nyawa orang yang mandi-manda kat sini. Kawan sekolah rendah aku nyaris-nyaris kemas disini tahun lepas.



Oklah, sampai disini sahaja perkongsian aku bagi siri mendaki bersama kawan UMP. Untuk siri pendakian seterusnya boleh klik link ni 👉 Siri mendaki bersama kawan ump mendaki di Bukit Galing.

Comments

Popular Posts