Berlibur di Kuala Terengganu, bahagian 1.

8 Jun 2022, Sabtu

Dalam pukul 8 setengah pagi, aku dan keluarga aku bertolak dari Pekan menuju ke Kuala Terengganu. Dah lama Aku tak pergi Kualaa Terengganu. Paling akhir aku pergi sana masa tu belum wujud lagi jambatan angkut pertama di Malaysia tu. 

Lepas sejam lebih kami diatas jalanraya, kami mengambil keputusan berhenti di RNR Kijal untuk sarapan. Aku belum makan apa-apa lagi dari rumah.

Aku makan bawah pokok je sebab rnr sini terhad tempat duduk. Selepas selesai berehat dan makan, kami terus sambung perjalanan ke Kuala Terengganu. Lagi dua kereta bergerak secara berasingan.

Kereta kami telah sampai ke jambatan angkut dalam pukul 11.40 pagi.

Dari jauh dah nampak jambatan yang unik dan tersegam indah tu. Kemudian, aku carilah kawasan untuk letak kereta sebab kami nak bergambar kenangan dengan berlatar belakangkan jambatan tersebut dengan lebih dekat lagi.

Maka terhasilah gambar ini. Setelah puas bergambar dibawah sinaran mentari tengah hari, kami bergegas ke Restoran Singgang Budu sebagai lokasi pilihan kami untuk makan tengah hari.

Disinilah kami bertemu dan berkumpul dengan ahli keluarga kami lain yang bergerak secara berasingan. Mari kita lihat apa yang aku makan?

Nama kedai je Singgang Budu. Tapi, aku memilih untuk makan nasi putih, sup ayam, ulam-ulaman, sambal budu cicah pula dengan ayam dan minum teh ais lah sebab sekarang ni matahari sedang tegak diatas kepala. 

Tempat dia besar, banyak meja. Lauk pun banyak. Makanan dia not bad. Harga dia boleh tahan jugalah dalam RM 11 berdasarkan menu yang aku makan ni. Overall aku bagi 3.9/5. Kalau datang sini, boleh ulang balik makan kat sini.

Selepas sudah kenyang makan, kita masuk KTCC MALL (Kuala Terengganu City Centre) jalan-jalan cuci mata dalam mall negeri Terengganu ni. Sambil jalan-jalan tu kita beli ais krim dan sushi.


Selepas jalan-jalan dalam mall, kami pun check in ke Pangsapuri Ladang Tanjung. Mari kita lihat apa yang ada dalam rumah penginapan yang kami duduk ni.







Kami bayar dalam RM 350 untuk dua hari satu malam. Ada tiga bilik tidur dua bilik air. Perabot semua lengkap. Kediaman yang selesa. Siap ada Smart TV ada Netflix. 

Parking bertingkat ada empat tingkat. Dia bagi tiga tempat parking. Cukup-cukup untuk kereta keluarga aku.

Pangsapuri ni siap ada kolam infiniti yang not bad jugalah menghadap laut. Parking bertingkat ada empat tingkat. Dia bagi tiga tempat parking. Cukup-cukup untuk kereta keluarga aku. Boleh ulang balik menginap disini kalau orang tu buat homestay lagilah. Berbaloi. Aku bagi nilai, 4.4/5.

Waktu malam pula kami, keluar makan menghala ke Pantai Batu Buruk. Setelah puas mencari kedai makan, kami mengambil keputusan untuk makan malam di G-13 Seafood. Mari kita lihat makanan yang kami makan.


Tempat makan yang biasa je luas. Tapi, boleh lah dapat tempat duduk. Makanan sampai pun tak lambat sangat. Rasa dia biasa je. Aku suka ikan, telur cicah sambal dengan sayur je. Yang lain tu biasa je. Apa yang penting kami kenyang.

Kakak aku cakap tandas dia kurang bersih. Overall aku bagi 2.8/5 je. Makan malam ni susah sikit nak decide nak makan mana. Sebab tak rancang awal. Semua last minute belaka.

Lepastu kita lepak kat plaza di pantai. Ada macam-macam hiburan untuk seisi keluarga. Ada orang pakai kostum, kereta kuda, kereta kuda beroda, kereta api mini dan lain-lain.



Aku naik kereta api mini je ramai-ramai satu keluarga 😅. Lepas puas jalan-jalan, kita balik rumah dan tidur 😴 💤.

Ikuti pula, perjalanan percutian aku untuk hari kedua, Berlibur di Kuala Terengganu, Bahagian 2.


Comments

Popular Posts