Berlibur di Kuala Terengganu, bahagian 2.

9 Jun 2022, Ahad

Kau bangun pagi disajikan dengan permandangan matahari terbit yang indah ni. 


Ni pula suasana semasa waktu petang di tingkap yang sama.

Rumah ni tiada beranda. Permandangan ni dari tingkap ruang tamu je. Misi kami seterusnya, sarapan pula. Kita nak layan tempat viral pagi ni pula. 


Kita layan sarapan di Nasi Dagang Atas Tol (Kuala Terengganu). Sampai je disana, kita akan melalui proses beratur nak pesan makanan, apabila sampai giliran kita nak pesan, dia akan bagi nombor meja, baru ahli keluarga kita yang lain boleh duduk, orang yang beratur untuk pesan akan bayar, ambil dan bawa makanan yang kita pesan ke meja makan tu. 


Kita tak perlu cop meja pun. Yang penting beratur lah.




Aku kurang minat nasi dagang. Jadi, aku makan nasi minyak. Gulai daging dia lain sikit sebab dia tak bubuh santan. Teh hijau dia berbuih-buih dan kami ambil saiz besar gedabak boleh minum kongsi. Aku makan nasi minyak je. Aku tak gemar nasi dagang sebenarnya. Bagi aku biasa je rasa masakan dia. Keluarga aku pun cakap macam tu. Tapi, kebetulan hari yang kami pergi tu, sambal dia manis. Air dia oklah bagi aku. Cuma, haritu aku rasa smooth je proses nak  dapatkan makanan dan meja. Tak perlu serabut sangat nak cop meja dengan beratur nak pesan makanan. Dia dah ada sistem yang bagus. Overall aku bagi nilai, 3/5 je.

Lepas dah kenyang sarapan, kita balik rumah penginapan semula. Kami bercadang sebelum check out nak mandi kolam, sekali kolam tutup sebab nak pihak pengurusan sedang mencuci kolam. Tak mengapalah, sekurang-kurangnya dapat mandi sekali cukup dah.

Seterusnya, kami check out dari rumah penginapan dalam pukul 11.27 am. Lokasi yang kami mahu pergi seterusnya adalah Pasar Payang


Jalan-jalan dalam Pasar Payang ni kita senam kaki sikit sambil cuci mata. Bukan selalu kita jalan-jalan sambil berbelanja.


Kalau bawa duit banyak memang nak beli lebih lagi. Membeli-belah nak bagi buah tangan pada kawan-kawan di tempat kerja.

Selepas puas berpusing dan bersesak dalam Pasar Payang, kita pergi ke Pantai Miami pula. Tapi, tak jadi pun sebab tak tahu yang mana satu pantainya. Jadi, kita pun pergilah tempat sinonim yang kita akan pergi setiap kali datang ke Terengganu iaitu Masjid Terapung Kuala Ibai


Kita berhenti untuk solat, riadah santai dan makan-makan sambil menikmati keindahan kawasan Kuala Ibai ni.



Aku ada beli berapa makanan untuk kami kongsi makan. Kalau jalan-jalan ni tak dah kalau kita tak makan-makan kan.




Setelah puas rehat dan makan-makan, kami pun teruskan perjalanan balik Pekan. Kami sampai rumah dalam pukul 10.27 malam setelah banyak tempat kami singgah untuk solat dan makan. 

Ini adalah hasil jalan-jalan aku selama dua hari satu malam.


Dah boleh agak keputusan dia jadi macam ni hasil aku jalan-jalan selama dua hari satu malam di Kuala Terengganu. Tamat percutian aku dengan baik dan seronok.

Comments

Popular Posts