Percutian kali kedua di Cameron Highland, bahagian 2.

9 Oktober 2021, Sabtu

Pagi-pagi sebelum kita melawat pelbagai tempat, kita sarapan dahulu. 

Hari kedua ni kita makan roti canai Cameron Highland. Beli dikedai bawah pangsapuri makan dirumah.

Lokasi pertama yang kami pergi untuk hari kedua ni adalah πŸ‘‰ THE SHEEP SANCTUARY. Kita tengok biri-biri. 




Teringat masa aku kecil dulu selalu juga aku kacau biri-biri jiran aku. Beza betul warna bulu biri-biri di Cameron Highland dengan biri-biri jiran aku dulu.

Aktiviti memberi makanan khas untuk biri-biri. Kita bayar tiket masuk ke dalam tu, dia akan sediakan sekali dengan makanan biri-biri. 


Kasar bulu dia masa aku sentuh. Saja-saja je aku tepuk-tepuk manja.

Untuk bayaran tiket masuk ke sanctuary ni aku tak ingat berapa. Tapi, dengan bayaran tiket tu kita boleh masuk dalam sanctuary, lihat, pegang dan bagi makan biri-biri. Aku bagi nilai tempat ni 3.2/5, kira oklah.

Ok, lokasi lawatan kita yang seterusnya adalah πŸ‘‰ LADANG TEH SUNGAI PALAS. Sampai je di tempat parking, snap picture mentar. 


Lawa kan permandangan hijau di Cameron Highland ni? Aku suka pergi tempat yang bercirikan alam semulajadi sebab tenang dan segar je rasa suasana dia.



Kita naik tangga nak naik bukit sambil memerhatikan pokok teh yang menghijau dari jauh je.


Serious aku cakap, view dia memang stunning. Seluas mata memandang dari atas platform tu kita boleh layan view bukit yang diselaputi dengan pokok teh.

Dekat atas platform tu ada kafe yang besar yang boleh memuatkan berpuluh-puluh orang untuk menikmati makanan dan minuman disana.


Aku memilih untuk makan kek green tea dan minum teh tarik lah, my favourite drink. 😁


Jom kita cuba makan kek ni.


Lepastu, kita hirup teh tarik panas pula. Fuh memang layanlah.

Masuk dalam ladang teh ni adalah secara percuma. Suasana tempat yang agak meriah, indah dan bersih. Dapatlah nilai tinggi iaitu 4.2/5. Rasa kek green tea tu kurang manis. Oklah rasa dia. Aku bagi nilai 3/5. Teh tarik tu sebenarnya kurang manis tapi sedap dan manis dia just nice je. Aku bagi nilai 3.9/5.

Selesai layan permandangan ladang teh sambil menikmati pencuci mulut dan teh tarik, kita melawat ke tempat yang seterusnya iaitu πŸ‘‰ Lavender Garden (Cameron Lavender)


Macam biasa, kita melawat ladang Lavender mestilah snap picture sekeping bersama bunga utama. 


Tengah panas ni, kita layan pula ais krim perisa Lavendar kasi segar sikit tekak dan sejuk badan.



Selain lavendar, ada bunga lain juga yang tertanam disitu. Cuma aku tak take noted nama bunga-bunga yang lain. Buah strawberry pun ada tanam cuma sedikit jelah. 



Pokok-pokok yang rendang menghiasa disepanjang laluan di ladang lavendar tersebut. Tak lah bahang sangat semasa nak bersiar-siar didalam ladang tersebut.

Aku tak ingat juga bayaran masuk tempat ni berapa. Bagi aku biasa je tempat tu. Sekadar cuci-cuti mata melihat bunga. Aku ada cubalah cium bunga lavendar dan bunga lain. Tapi, tak berbaulah. πŸ˜… Tempat ni aku bagi nilai 3/5 je.

Ok, lokasi terakhir aku melawat untuk hari kedua ni adalah πŸ‘‰ MARDI Cameron Highlands. Tempat ni kali kedua aku melawat. Kali pertama aku melawat siap menginap dirumah Mardi lagi.





Dekat sini ada ternak haiwan dan serangga. Ada tanaman bunga, buah-buahan dan sayur-sayuran. Dekat sini ada jualan produk Mardi. Aku beli jem strawberry untuk kawan-kawan tempat kerja aku.

Sambil melawat kawasan Mardi tu, kami rehat dan solat Jamak. Lepastu kami pulang ke tempat kediaman yang kami sewa. Kami decided untuk berpecah kepada dua kumpulan untuk makan malam awal. 

Bayaran untuk masuk dalam Mardi murah je. Tapi, tak ingat juga berapa. Tempat tak best macam dulu aku pergi mungkin kesan dari pandemik yang membuatkan ramai orang luar belum sampai ke mari. Aku bagi nilai 3/5 je.


Terpaksa layan steamboat awal sebab kita kan makan secara berkumpulan. Steamboat makan malam-malam lagi nikmat sebab badan jadi hangat nak-nak makan di Cameron Highland ni. Tapi, aku boleh makan sikit je sebab perut aku kenyang sebenarnya. Aku makan steamboat di πŸ‘‰ Highland Steamboat Cheese & Grill. Kedai dekat je dengan rumah yang kami menginap, just a walking distance je.

Pada waktu malam pula, aku bawa nak saudara aku yang sekolah rendah jalan-jalan dikawasan perumahan yang kami menginap. Ada banyak jugs kedai makan dan kedai cenderahati dekat kawasan itu sahaja. 

Akhir sekali, kita layan burger Cameron Highland lah sebelum tidur.

Sampai disini sahaja perkongsian dari saya. Untuk bahagian terakhir, boleh klik disini πŸ‘‰ Percutian kali kedua di Cameron Highland bahagian 3.


Comments

Popular Posts