Percutian kali kedua di Cameron Highland, bahagian 3.

10 Oktober 2021, Sabtu

Pagi hari terakhir di Cameron Highland, setelah kami selesai kemas barang dan check out, lokasi lawatan kami yang seterusnya adalah 👉 Kampung Taman Sedia. Perkara pertama yang kami buat di kampung tu adalah sarapan. 

Kita sarapan di 👉 200 Seeds Cafe (Abang Strawberry). Kita nak cuba apa menu menarik dan sedap yang disediakan oleh mereka.

Masuk je dalam kedai ni, kami disajikan dengan environment yang romantik 😎 ada bunga-bunga serta lampu dekat siling kedai.

Jom kita tengok menu apa yang aku makan dan minum.

Aku makan nasi goreng ayam crispy dan minum kopi strawberry. Rasa nasi goreng dia not bad. Ayam goreng dia pedas sikit dan ada disediakan sambal. Aku bagi nilai 3.2/5. Rasa kopi strawberry tu rasa manis dan pahit sikit je. Rasa strawberry tu malu-malu je nak ada. Aku bagi nilai 2.9/5. 


Untuk pencuci mulut pula aku makan waffle dan aiskrim perisa Strawberry. Rasa pencuci mulut dia oklah. Aku bagi nilai 3/5. 

Dah kenyang makan kita melawat kebun strawberry. 

Melangkah masuk ke dalam kebun Abang Strawberry.

Cuci mata dulu melihat strawberry ni. Kita nak pilih strawberry yang masak untuk dipetik.

Sesi memetik strawberry yang masak ranum. Jangan lupa kumpul dalam bakul ye. Nak petik tu guna gunting. 😎


Belanja sikit gambar secara dekat strawberry yang masak ranum.

Setelah selesai makan dan petik strawberry, tiba masanya untuk kita gerak balik. Tapi, sebelum balik tak sah kalau kita tak singgah Family Mart. Di Pahang ni ada empat Family Mart je tau. Dua di Genting Highland, lagi dua di Cameron Highland. Yang aku singgah ni 👉 FamilyMart Tanah Rata.

Perasan tak papan Family Mart tu warna kelabu? Sebenarnya ada sebab kenapa papan dia berwarna kelabu. Boleh baca disini 👉 kenapa ada papan tanda Familymart warna hitam putih? Ini sebabnya.

Apa agaknya makanan dan minuman yang kami beli ye?

Ni antara produk yang kami beli disana. Oden kami tak beli pun. 

Setelah lama bergerak balik, kami mengambil keputusan untuk berhenti untuk mengisi perut di 👉 Kiosk D'sungai Batu Malim.


Kita isi perut kita dengan bakso lah



sambil lepak dikawasan berkelah dan mandi-manda di tepi sungai. 

Aku sampai rumah pukul 10 lebih. Enjoy lah cuti kali ni. Looking forward to next destination. Aku nak pergi pulau pulak sebab tak pernah pergi pulau. Kira macam bucket list. 

Sampai sini sahaja perkongsian aku untuk siri percutian di Cameron Highland.



Comments

Popular Posts