Percutian kali kedua di Cameron Highland, bahagian 1.

8 Oktober 2021, Jumaat

Kemanalah agaknya aku nak pergi hari ni dengan backpack dan sweater tu?

Aku pergi bercuti ke Cameron Highland lah sebenarnya. Percutian kali ni berlangsung selama tiga hari dua malam je.

Aku sampai tempat penginapan nak dekat pukul 4 petang. Sampai je, terus kita makan lewat tengah hari.

Makanan ni dah siap masak dari rumah. Kira macam potlucklah. Setiap keluarga kecil bawa lauk masing-masing. Kita kongsi makan.

Ok, aku nak cerita sikit je berkaitan tempat penginapan ni. Aku dah lupa dari segi bayaran. Tapi, yang penting harga dia affordable jugalah. Memandangkan kami pergi ramai-ramai, kami decide sewa dua lot rumah. Rumah penginapan kami terletak di 👉 Cameron Prima Apartment. Aku belanja sikitlah gambaran rumah yang kami sewa untuk tiga hari dua malam tu.

Ni gambaran ruang tamu dia. Ada sofa, televisyen dan Astro kalau tak silap aku.

Ni bilik tidur utama dia. Aku tidur dalam bilik ni dengan anak saudara aku.  Pemilik rumah ni ada sediakan toto, bantal dan selimut lebih untuk kami.


Ni gambaran bilik air yang berada di bilik tidur utama. Rumah ni ada tiga bilik tidur dan dua bilik air. Satu bilik air berada dalam bilik tidur utama.

Ni permandangan luar dari beranda rumah kami menginap. Tak menarik sangat permandangan dari sini.

Penginapan dia selesa. Harga murah. Banyak kedai makan dan runcit yang murah. Aku bagi nilai tinggi, 4/5.

Ok kita sambung balik berkaitan aktiviti yang aku buat. Lepas siap makan dan rehat, kami keluar rumah lalu pergi ke destinasi yang pertama iaitu Pasar Malam Kea Farm.


Layan aiskrim strawberry sat. Aku datang sana saja cuci mata ikut keluarga je. Tak beli apa-apapun lagi. Sambil-sambil tu, aku tengok permandangan kat sana dan layan hawa sejuk pergunungan. 😁



Kami satu family besar, bergambar kat sini. Tapi, masa tu tak ramai orang dan tiada kenderaan park dekat sini. Kami bergambar berlatar belakangkan hijau alam sekitar.

Jom kita pergi ke lokasi yang seterusnya pula di Cameron Centrum.


Kita snap gambar model train yang tak bergerak. 


Lawa menara jam dia. Kedai ni banyak yang belum dibuka. 

Aku berpeluang untuk singgah membeli belah di Billion Shopping Centre (Jelapang) Sdn Bhd - Cameron Highlands, saja nak tengok apa yang menarik didalam. Aku sempat beli baju, seluar dan dompet. 

Sampai disini sahaja perkongsian dari saya. Ikuti pengalaman saya pada hari seterusnya bahagian 2 disini 👉 Percutian kali kedua di Cameron Highland bahagian 2.


Comments

Popular Posts