Percutian homestay di Temerloh, bahagian 2.

28 November 2020, Sabtu

Hari kedua aku disajikan dengan sarapan yang sungguh menyelerakan. 

Pagi tu aku makan nasi lemak, ada kuih dan sudah semestinya teh panas kegemaran aku. Sedap layan teh dia.

Tak sempat hilang kenyang, kita layan lauk kenduri kahwin dan menyambut menantu sepupu aku. 

Penangan lauk kenduri ni lain macam pergi dia. Tambah pula ada pencuci mulut yang manis-manis.

Ada kuih dan kek memang penambah selera.

Sejukkan tekak pula dengan aiskrim kenduri. 

Habis makan kenduri kita balik homestay balik. Kenduri kahwin ni buat di tempat yang berasingan. Dia buat dekat dewan kampung. 

Ni nak tunjuk kediaman homestay yang lain selain rumah yang aku duduk tu.





Ada rumah kontena dan kayu tradisional. Laman homestay disini memang kemas, bersih dan indah mata memandang.

Dinner hari kedua memang best serious nak kabo ni. Dema buat bbq malam tu. Apalagi, kome sebagai tetamu layanlah makan sedap-sedap ni.

Kenyang kebuntor aku makan malam ni.

Ok sampai sini sahaja perkongsian aku. Bahagian tiga boleh baca disini. 👉 Percutian homestay di Temerloh bahagian 3.html

Comments

Popular Posts