Percutian homestay di Temerloh, bahagian 1.

27 November 2020, Jumaat
Petang Jumaat tu setelah selesai aku hantar motosikal aku ke bengkel, terus aku bergerak ke Temerloh bersama keluarga aku.

on our way ke Temerloh

Kami sampai ke homestay semasa waktu Maghrib. Kami dapat homestay rumah dua tingkat. Tingkat atas keluarga lain duduk. Tingkat bawah keluarga Kami duduk.


Bangsal tu buat jamu untuk penyewa homestay. Nanti nak kongsikan menu yang tersedia untuk kami.


Siap ada kolam bertingkat lagi. Sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa mandi-manda.
Jom kita lihat keadaan salah sebuah bilik dalam rumah homestay ni.


Bilik ada katil saiz queen dan penghawa dingin. Ada juga perabot yang bersesuaian dengan bilik.


Bilik air dia pun not bad jugalah. Ada tandas duduk. Shower mandi yang ada partition. Ada singki beserta cermin muka. Air panas je tiada.
Mari kita lihat keadaan dalam rumah pula bagaimana.


Masuk je rumah ada ruang depan macam ni. Kira macam ruang sambut tetamu lah kot.


Keadaan ruang tamu yang luas dan ada perabot untuk lepak-lepak dan chill out.


Tak lengkap bagi sesebuah rumah tanpa sebuah television yang lengkap dengan Astro.



Rumah ini juga ada ruang makan dan dapur yang besar. Kami tidak memasak pun ketika menginap disana. Kami menginap disana atas tiket menghadiri kenduri kahwin saudara mara.

Tingkat bawah rumah ni ada empat bilik tidur dengan setiap bilik tidur ada bilik air sendiri.

Enough with the specification. Jom kita tengok menu makan malam pada malam tu aku makan apa?


Lauk simple tapi, sungguh menyelerakan. Tambahan pula ada teh panas memang boleh pergi jauh ni.

Ok sampai sini sahaja perkongsian aku. Bahagian dua boleh baca disini. 👉 Percutian homestay di Temerloh bahagian 2


Comments

Popular Posts