Tidur di Sungai Pahang, bahagian 1.

5 February 2022, Sabtu

Aku selesai kemas dan masukkan pakaian dalam beg pada pukul 12 lebih tengah hari.



Tapi, kenapa aku kena kemas dan packing baju dalam beg ni? Sebabnya aku nak pergi bercuti ke rumah rakit Sungai Pahang.

Terpaksa tinggalkan kasut jogging sebab kaki belum sembuh.


Tak dapat nak jogging kat kawasan kampung sana. Jogging disana tidak Kira waktu pagi atau petang memang segar je suasana.


Sampai di lokasi Rumah Rakit Maraie Kg Padang Rumbia pada pukul 2 petang. 



Ni permandangan Sungai Pahang dari penginapan rumah rakit. Luas sungguh permandangan Sungai Pahang ni. Sungai Pahang merupakan sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia.


Masa makan adalah masa favourite aku. Makan tengah hari kita buat style potluck dan buffet. Lihat tu, lauk kampung yang sungguh menyelerakan.


Sebenarnya, agenda utama keluarga aku adalah memancing ikan Sungai Pahang. Tetapi, Aku tak gemar memancing pun. Aku cuma nak chill out je. Dapat main kayak lagilah ok. Tapi, belum ada rezeki lagi.


Dekat rumah rakit ni ada kolam dalam Sungai Pahang. Dasar kolam tu ada jaring, supaya kita yang mandi dalam kolam tu tak jerlus masuk ke dalam sungai. Air kat bahagian sini agak dalam. 


Ada kolam Sungai Pahang ni kita main terjun-terjun lah


dan berendam sampai kecut diri. Sejuk weh air sungai waktu nak dekat senja ni. Teringat waktu kecil-kecil dulu mandi Sungai Pahang dekat kampung di Maran.


Permandangan waktu senja sungguh magnificent. Ibarat berada di Taman Negara 



Makan malam perkara yang paling dinanti-nantikan oleh aku. Aku makan bakso


dan lamb chop siap ada coselow.


Kenyang kebuntor aku malam tu. Makan banyak sangat. 🤣

Disana, setiap unit rumah rakit dah tersedia ruang dapur dengan kelengkapan memasak. Kita cuma tinggal bawa bahan mentah untuk memasak je dan bawa barang extra incase kalau menginap ramai-ramai disana. Ada alat pemanggang di plantar utama tempat orang memancing tu. Plantar tu agak Luas must untuk beberapa keluarga melepak siap ada kerusi dan meja lagi. 

Permandangan waktu malam pun gelap dengan suasana yang sepi. Duduk kawasan kampung yang jauh dari hirup pikuk suasana bandar. Sesekali tu dengarlah juga bunyi motorboat lalu nak pergi pulau yang terdekat untuk memancing waktu malam.


Ok sampai sini sahaja perkongsian aku. Bahagian dua boleh baca disini. 👉 Tidur di Sungai Pahang bahagian 2.

Comments

Popular Posts