Tidur di Sungai Pahang, bahagian 2.

6 February 2022, Ahad

Selamat pagi dari Sungai Pahang. Tidur dalam kelambu dekat beranda di salah sebuah rumah rakit.


Lihatlah permandangan waktu pagi dirumah rakit. Sejuk je mata memandang melihat Sungai Pahang dalam keadaan berkabus. Matahari pun masih berselindung dibalik awan. 

Apa-apapun mari nak tunjuk apa yang ada dalam sebuah bilik rumah rakit. Kita nak tengok apa yang tersedia didalam sebuah bilik.

Ada katil bersaiz king, satu sofa dan meja kopi.

Ada sebuah kabinet serbaguna dan sebuah kabinet pakai. Terdapat juga sebuah television beserta njoi. Bilik ni dilengkapi dengan penghawa dingin. Sebuah bilik akan ada sebuah bilik air.

Di dalam bilik air terdapat singki dan cermin muka.

Di dalam bilik air ni juga turut dilengkapi dengan tandas duduk dan air pancur. Sekiranya pagi anda kesejukkan, boleh guna air panas untuk Mandi. Jangan bimbang kalau terlupa membawa sabun mandi dan shampoo kerana di sana turut tersedia sabun mandi dan shampoo.

Bangun pagi tak sah kalau tak lapar. Mesti lapar punya. Apalagi jom kita makan.

Menu pertama kita makan roti canai. Roti canai ni tempah dekat kedai makan yang berdekatan je.

Menu seterusnya adalah laksa Pahang. Yang ni aku kurang gemar sangat. Jadi, Aku makan satu cap. Cara nak makan laksa Pahang ni, kita kena makan guna tangan. Laksa ni kakak aku tempah dekat Bandar Pekan.

Menu seterusnya nasi goreng, bihun goreng, karipap dan keropok yang kami buat sendiri. Memang enjoylah sarapan. Lagi enjoy kalau kita pekena

beberapa gelas teh panas dan kopi panas. Memang syoklah.

Hari terakhir disana aku tak buat apa-apapun cuma duduk melepak diberanda bilik rumah rakit. Masa hari tu sebenarnya ada pertandingan lumba kayak peringkat kampung disana.

Ni acara lumba kayak secara beregu.

Ni pula acara lumba kayak secara solo.

Penduduk kampung disana memang hebat berkayak ni. Air sungai agak besar dan ombak sungai agak beralun. 

Dalam pukul 12 lebih kami pun check out. Percutian di rumah rakit kali ni pun best juga.


Luas betul Sungai Pahang ni kalau lihat dari tebing sungai. Goodbye rumah rakit dan Sungai Pahang. 

Ni nak tunjuk projek rumah rakit terbaru. Makin best pula rumah dia.

Akan datang ada rumah rakit dua tingkat pula. Lagi syoklah... Lepak kat tingkat atas lepastu acah-acah star gazing.

Ni nak tunjuk pakej rumah rakit yang aku duduk. Boleh saja rujuk gambar dibawah. 👇


Ada banyak jenis rumah. Nak tahu dengan lebih lanjut boleh klik halaman Facebook RumahRakitKgPadangRumbia.

Sampai disini sahaja perkongsian aku. Terima kasih.

Comments

Popular Posts