Jog, harapan dan impian
New year, new goal. Ungkapan yang acapkali disebut menjelangnya tahun baru. Setiap orang mesti ada azam atau harapan yang ingin dicapai. Aku macam biasa harapan aku nak tamatkan jogging aku setiap tahun. Setiap tahun aku akan tingkatkan jarak sebanyak 50km. Tahun lepas target aku untuk menghabiskan jarak jogging sejauh 450km. Namun, harapan tersebut tidak dapat aku capai. Hal ini, kerana aku telah mengalami kemalangan jalanraya yang mengakibatkan aku tidak boleh berjalan selama beberapa bulan.
Dua gambar diatas adalah gambaran selepas aku kemalangan. Aku direhatkan selama hampir tiga bulan. Tak sempat nak habiskan jogging tahun lepas tinggal tak sampai 15km pun. Tapi, tidak mengapa tahun ni kita teruskan azam dan goal baru iaitu jogging tahunan sejauh 500 km pula.
Jadi, harapan aku kali ni, aku dapat teruskan usaha aku ni dan dapat mengharungi cabaran sama ada virus Covid mahupun apa-apa cabaran sepanjang nak capai goal aku.
Tahun ni aku memakai kasut jogging baru. Kasut ni aku beli di butik Decathlon.
Kasut ni agak ringan dan harga dia pun affordable juga. Akan datang aku akan bagi pandangan berkaitan kasut ni semasa aku capai jarak jogging sejauh 250km dan 500km.
Sampai disini sahaja perkongsian aku tentang jog, harapan dan impian. Jumpa lagi di post akan datang.
Untuk perkongsian seterusnya, sila klik link 👉 bulan 2, permulaan jogging ku.






Comments
Post a Comment