Bulan 2, permulaan jogging Ku

Aku memulakan jogging 2022 lewat sebulan. Hal ini kerana aku ingin memastikan kaki aku kuat dan tidak sakit ketika jogging. Untuk permulaan jogging ni, misi aku adalah jog sejauh 2.8 km sepanjang bulan February. Perkara yang ingin aku lihat sepanjang 2.8 km jogging adalah masa serta pace yang aku capai untuk satu sesi jogging.  

Berikut adalah ringkasan bagi prestasi jogging aku sepanjang bulan February ini.



Aku berjaya jog sejauh 33.7 km sebanyak 13 sesi. Kalori yang terbakar sepanjang aku jogging bulan February adalah 1824 kalori. Purata kelajuan yang tercapai 8.7km/h. Kelajuan yang agak perlahan disebabkan kondisi kaki aku yang baru lepas sembuh. Kelajuan yang paling tinggi yang mampu aku buat untuk bulan tersebut adalah 11.3km/h.
Berikut adalah data bagi jogging aku yang memiliki purata pace yang paling perlahan sepanjang sesi jogging bulan February ni. 


Purata pace yang mampu aku capai pada waktu itu adalah dalam 07:38 min/km.

Manakala, data dibawah ini pula merujuk kepada sesi jogging aku yang memiliki purata pace yang paling laju sepanjang bulan February ni.

Purata pace yang mampu aku capai pada waktu itu adalah dalam 06:29 min/km.

Tinggal 466.4 km lagi jarak yang perlu aku jog dengan hari yang tinggal selama 306 hari lagi. Purata aku jogging selama seminggu adalah 4.3 km / minggu. Untuk mencapai matlamat tahunan jogging, aku mesti jog sejauh 10.6 km / minggu.


Kaki aku mengalami ketidakselesaan hampir seluruh tapak kaki kanan aku selepas jogging. Namun, aku pasti akan datang ketidakselesaan itu akan beransur kurang.

Jom ikuti perjalanan jogging saya pada bulan yang seterusnya pula 👉 bulan 3, 28 minit jogging sepanjang bulan


Comments

Popular Posts