Ibarat aku jogging dari Pekan ke Parit Buntar. Ringkasan perjalanan aku jogging sejauh 550 km.


Alhamdulillah, akhirnya tercapailah juga matlamat aku untuk habiskan jog sejauh 550 km tahun ni. Pada tahun lepas aku telah habiskan 500 km jog aku pada bulan September. Tapi, tahun ni aku habiskan jog aku pada bulan Julai.

Tujuan post ini dibuat adalah untuk melihat: 

a) prestasi jogging aku bagi kategori bulanan seperti:

  1. Sesi jog yang paling banyak
  2. Tempoh masa jog yang paling lama
  3. Purata pace yang paling laju
  4. Purata laju yang paling tinggi
  5. Kalori yang paling banyak terbakar
  6. Jarak jog yang paling jauh
b) prestasi jogging aku bagi kategori harian pula seperti:
  1. Jarak jog yang paling jauh
  2. Pace yang paling laju
  3. Pace yang paling perlahan
  4. Purata laju yang paling tinggi
  5. Kelajuan yang paling tinggi

STATISTIK PRESTASI BULANAN

Bulan Januari aku paling banyak sesi aku jog dalam sebulan iaitu sebanyak 18 sesi. Pada bulan tersebut misi aku adalah aku kena jog sejauh 2.9 km sahaja, jarak jog yang tidak jauh yang membolehkan aku jog dengan lebih kerap.

Manakala pada bulan Mei aku telah berjaya jog selama 13 jam 32 minit dengan jarak terkumpul yang paling jauh sejauh 123.1 km dan kalori yang paling banyak terbakar sebanyak 7453 kilo kalori. Pada bulan tersebut, misi aku adalah aku kena jog selama 58 minit. Hal ini kerana sepanjang bulan tersebut aku jog dalam purata 8 kilometer lebih dengan kekerapan jog sebanyak 14 sesi

Bulan Julai merupakan bulan pengakhiran perjalanan 550 km jogging aku. Jadi, misi jogging aku pada bulan tersebut ada pelbagai iaitu, 2.9 km, 29 minit, 290 kalori, 5.8 km, 58 minit dan 580 kalori diulangi sebanyak dua kali bagi setiap misi kecuali misi 580 kalori tu. Hasil misi jogging tersebut, Aku berjaya dapatkan purata pace yang paling laju iaitu 06:08 min/km tidak selaju purata pace tahun lepas iaitu 06:00 min/km. Disamping itu juga aku dapat purata laju yang paling tinggi iaitu 9.8 km/h tidak selaju purata laju tahun lepas iaitu 10.0 km/h. Tapi, apa-apapun pencapaian jogging aku bagi tahun ni agak memberangsangkan.


STATISTIK PRESTASI HARIAN

Sekarang, mari kita lihat bagi setiap prestasi jog yang aku capai sepanjang 550 km ni.


Berikut adalah data bagi sesi jogging yang mencapai jarak yang paling jauh sepanjang 550 km perjalanan jogging aku. Aku telah berjaya jog sejauh 9.65 km dengan kalori terbakar sebanyak 582 kilo kalori. Sesi jogging ini telah berlaku semasa misi  membakar  580 kilo kalori.



Berikut adalah data bagi sesi jogging aku yang mencapai pace yang paling laju iaitu 05:29 min/km. Namun pace yang paling laju ni tidaklah selaju pace tahun lepas iaitu 05:17 min/km. Disamping itu, purata laju yang paling tinggi adalah 10.9 km/h, tidak setanding purata laju tahun lepas iaitu 11.3 km/h. Sesi jogging ini telah berlaku pada bulan Julai lepas.



Berikut adalah data bagi sesi jogging aku yang mendapat pace yang paling perlahan, 07:34 min/km sepanjang aku jog 550 km ni. Tapi, pace tahun ni laju sedikit berbanding pace tahun lepas iaitu 07:38 min/km. Sesi jogging ini telah berlaku semasa misi jogging selama 58 minit.



Berikut adalah data bagi sesi jogging aku yang memiliki kelajuan yang paling tinggi iaitu 14.9 km/h. Namun kelajuan tersebut tidaklah sejauh kelajuan tahun leaps iaitu 16.2 km/h. Sesi jogging ini telah berlangsung semasa misi jogging sejauh 2.9 km.


Secara ringkasnya, aku telah jog sebanyak 95 sesi dengan jarak sejauh 550.1 km ibarat perjalanan dari Pekan, Pahang ke Parit Buntar, Perak yang mengambil masa selama 58 jam 48 minit bersamaan  dua hari sepuluh jam lebih perjalanan. Kalau ikutkan tempoh jalan kaki mengambil masa selama empat hari enam belas jam. Jumlah masa jog aku tahun ni lebih 3 jam berbanding tahun lepas iaitu, 55 jam 57 minit. Jumlah kalori yang terbakar pula sepanjang 550 km jog ni adalah 33278 kilo kalori. Jumlah kalori yang terbakar lebih tinggi daripada tahun lepas iaitu 27392 kilo kalori

Oklah, sampai disini sahaja perkongsian aku tentang prestasi perjalanan jogging aku sepanjang 550 km ni. Ada masa dan rezeki lebih aku akan sertai mana-mana fun run event atau aku akan update berkaitan aktiviti hiking aku pula. Aku akhiri post ini dengan sekian terima kasih.

Comments

Popular Posts