Bulan 7, penghujung 550 km jogging. Pengalaman aku memakai kasut jogging jenama Lotto.

Pejam celik pejam celik. Sedar-sedar, kita sudah masuk bulan Ogos. Pada hari Isnin, 24/7/2023 merupakan hari terakhir aku jogging 550 km untuk tahun ni. Perasaan seronok bercampur sedikit sedih sebab lepas ni dah jarang aktif jogging macam dulu. Aku nak fokus kepada naik berat badan pula dan buat aktiviti lain.


Aku telah berjaya menghabiskan 550 km jog aku awal 161 hari.

Bulan lepas, aku telah pelbagaikan sesi jogging aku sampai dua kali ulangan memandangkan aku sudah menghampiri 550 km.

Apa-apapun mari kita lihat ringkasan bagi prestasi aku jogging sepanjang bulan Julai lepas. 



Aku berjaya jog sejauh 72.6 km sebanyak 12 kali sesi. Jumlah kalori yang terbakar sepanjang aku jog sebanyak 4350 kilo kalori. Purata kelajuan yang mampu aku capai adalah 9.8 km/h, purata kelajuan yang tertinggi sekali bagi sesi 2023 ni. Manakala kelajuan yang paling tinggi sekali pada bulan ni adalah 14.6 km/h, lebih laju berbanding bulan Jun.

Berikut adalah data bagi jogging aku yang memiliki pace yang paling perlahan.


Purata pace yang mampu aku capai pada waktu tersebut adalah 06:38 min/km.

Manakala, data dibawah ini pula merujuk kepada sesi jogging aku yang memiliki purata pace yang paling laju.


Purata pace yang mampu aku capai pada waktu tersebut adalah 05:29 min/km.

Seterusnya, aku nak berkongsi sedikit pengalaman aku menggunakan kasut jogging baru aku berjenama Lotto setelah hampir 3 bulan aku memakai kasut tersebut dengan jarak sejauh 291.4 km. 

Bagi aku kasut ni agak berat pada mula aku memakai. Tapi, lama kelamaan aku dah dapat menyesuaikan diri aku dengan kasut tersebut. Cuma, aku kena perbaiki teknik mendarat tapak kaki semasa jogging. Kalau diperhatikan gambaran tapak kasut aku dibawah, tapak kasut aku agak haus dibahagian tumit. Aku tak rasa aku dapat guna kasut ni sehingga kilometer yang ke 1000. 


Apa-apapun kita pakai sahaja kasut ni sampai dah tak boleh guna. Oklah, sampai disini sahaja perkongsian aku kali ni. Agak-agak nya lah kan, aktiviti apa lagi yang boleh aku buat akan datang? Cuba bagi komen dibawah. 👇

Comments

Popular Posts