580 kilo kalori jog sepanjang bulan Jun

Bulan lepas aku telah jogging selama 58 minit setiap sesi. Sekarang tiba masanya untuk aku tingkatkan lagi jarak jog aku. Kali ni misi aku adalah jogging untuk membakar 580 kilo kalori sahaja sepanjang bulan Jun. Perkara yang ingin aku lihat untuk jogging bulan ni adalah jarak, masa beserta pace yang aku capai untuk satu sesi jogging.

Berikut adalah ringkasan bagi prestasi jogging sepanjang bulan Jun ni.

Aku telah berjaya jog sejauh 95.7 km sebanyak 11 sesi. Kalori yang terbakar sepanjang aku jogging bulan Jun adalah 5810 kilo kalori. Purata kelajuan yang tercapai adalah 9.3 km/h, ada peningkatan sedikit kelajuan bagi bulan Jun berbanding bulan lepas. Kelajuan yang paling tinggi yang mampu aku capai pada bulan ni adalah 13.8 km/h.

Berikut adalah data bagi jogging aku yang memiliki purata pace yang paling perlahan sepanjang sesi jogging bulan Jun ni.





Purata pace yang mampu aku capai pada waktu itu adalah 06:46 min/km.

Manakala, data dibawah ini pula merujuk kepada sesi jogging aku yang memiliki purata pace yang paling laju sepanjang bulan Jun ni.

Purata pace yang mampu aku capai pada waktu itu adalah 06:07 min/km.

Tinggal 72.6 km lagi jarak yang perlu aku jog dengan hari yang tinggal selama 184 hari lagi. Purata aku jog selama seminggu adalah 18.4 km/minggu.


Sampai disini sahaja perkongsian aku kali ni. Akan datang aku akan jogging secara berperingkat pula bermula daripada:

2.9 km

29 minit

280 kilo kalori

5.8 km

58 minit

580 kilo kalori

Aku akan ulang peringkat tersebut sebanyak dua kali sahaja. 

Sekian, jumpa lagi nanti.



Comments

Popular Posts