Jogging selama 58 minit sepanjang bulan Mei. Pandangan pertama kasut jogging aku yang baru.

Bulan lepas aku telah jogging sejauh 5.8 km setiap sesi. Sekarang tiba masanya untuk aku tingkatkan lagi jarak jog aku. Misi aku kalini, jogging selama 58 minit. Aku nak tahu sejauh mana aku boleh jog dalam tempoh masa tersebut dan juga pace aku jogging. 

Berikut adalah ringkasan bagi prestasi jogging sepanjang bulan Mei.


Aku telah berjaya jog sejauh 123.1 km sebanyak 14 sesi. Kalori yang terbakar sepanjang aku jogging Bulan Mei adalah 7453 kilo kalori. Purata kelajuan yang tercapai, 9.1 km/h, sedikit menurun berbanding bulan lepas. Kelajuan yang paling tinggi yang mampu aku capai pada bulan ni adalah 13.4 km/h, laju berbanding bulan lepas. 

Berikut adalah data bagi jogging aku yang memiliki purata pace yang paling perlahan sepanjang sesi jogging bulan Mei ni.


Purata pace yang mampu aku capai pada waktu itu adalah 07:34 min/km.

Manakala data dibawah ini pula merujuk kepada sesi jogging aku yang memiliki purata pace yang paling laju sepanjang bulan Mei ni.


Purata pace yang mampu aku capai pada waktu itu adalah 06:17 min/km.

Tinggal 168.3 km lagi jarak yang perlu aku jog dengan hari yang tinggal selama 214 hari lagi. Purata aku jog selama seminggu adalah 17.4 km/minggu.


Awal bulan Mei merupakan permulaan bagi aku jog dengan kasut jogging baru bernama Lotto yang berharga bawah RM 70 selepas diskaun. 




Pengalaman awal aku memakai kasut ni agak berat berbanding kasut Kalenji aku sebelum ni. Tapak kasut ni pun agak tinggi berbanding kasut dulu. Aku suka design dan warna kasut ni. Kasut ni kasut mampu beli. Aku akan cuba pakai kasut ni untuk 1000 km lagi. 

Sampai disini sahaja perkongsian aku kali ni. Nantikan perkongsian aku untuk bulan seterusnya. 

Comments

  1. Harap saya dapat hidayah macam tuan untuk sering bersenam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mengapa, mulakan dengan langkah yang sedikit asalkan istiqamah.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts