5.8 km jog sepanjang bulan, goodbye Kelenji jogging shoes.

Hi guys. Macam biasalah aku lambat update berkaitan hal jogging. Bulan April hampir semua sesi jogging aku dilaksanakan pada bulan Puasa dengan cuaca yang agak panas. Tapi, aku tetap jogging macam biasa. Kalini, misi aku jogging sejauh 5.8 km sepanjang bulan April. Perkara yang ingin aku lihat untuk jogging bulan ni adalah masa beserta pace yang aku capai untuk satu sesi jogging.

Berikut adalah ringkasan bagi prestasi jogging sepanjang bulan April ni.

Aku telah berjaya jog sejauh 81.2 km sebanyak 14 sesi. Kalori yang terbakar sepanjang aku jogging Bulan April adalah 4927 kilo kalori. Purata kelajuan yang tercapai, 9.4 km/h laju sedikit berbanding bulan lepas. Kelajuan yang paling tinggi yang mampu aku capai pada bulan ni adalah 12.9 km/h laju sedikit berbanding bulan lepas.

Berikut adalah data bagi jogging aku yang memiliki purata pace yang paling perlahan sepanjang sesi jogging bulan April ni.


Purata pace yang mampu aku capai pada waktu itu adalah 06:54 min/km.

Manakala data dibawah ini pula merujuk kepada sesi jogging aku yang memiliki purata pace yang paling laju sepanjang bulan April ni.


Purata pace yang mampu aku capai pada waktu itu adalah 05:59 min/km.

Tinggal 291.4 km lagi jarak yang perlu aku jog dengan hari yang tinggal selama 245 hari lagi. Purata aku jog selama seminggu adalah 14.4 km/minggu. 


Pada penghujung bulan April ni merupakan kali terakhir aku jogging dengan kasut Kalenji berharga bawah RM 50 dengan  jarak jog sejauh 787.12 km. 



Bagi aku kasut ni sangat ringan dan best untuk jogging. Cuma, limit jarak jogging bagi satu sesi ialah sejauh 10 km.  Aku ada tonton review berkenaan kasut ini. Reviewer itu mengatakan kasut ni kurang sesuai untuk jogging. Hanya sesuai untuk jalan-jalan sahaja. Aku suka pakai kasut ni sebagai kegunaan jogging harian aku sebab kasut ni murah dan ringan. 

Setelah hampir 800 km jarak jogging tak termasuk aku pakai kasut ni semasa aktiviti hiking, kasut ni telah haus sepenuhnya. Nantikan post aku yang seterusnya berkenaan aku spill the tea kasut jogging baru aku. Stay tuned guys.



Comments

Popular Posts