290 kilo kalori jog sepanjang bulan Mac.

Selamat Hari Raya guys. Lambat update perkongsian jogging aku untuk bulan ketiga ni. Alhamdulillah aku berkesempatan untuk jogging Bulan Mac ni. Kali ni misi aku adalah jogging untuk membakar 290 kilo kalori sahaja sepanjang bulan Mac. Perkara yang ingin aku lihat untuk jogging bulan ni adalah jarak, masa beserta pace yang aku capai untuk satu sesi jogging. 

Berikut adalah ringkasan bagi prestasi jogging sepanjang bulan Mac ni. 


Aku telah berjaya jog sejauh 62 km sebanyak 13 sesi. Kalori yang terbakar sepanjang aku jogging Bulan Mac adalah 3782 kilo kalori. Purata kelajuan yang tercapai sama seperti bulan lepas iaitu 9.3 km/h. Kelajuan yang paling tinggi yang mampu aku capai pada bulan ni adalah 12.7 km/h.

Berikut adalah data bagi jogging aku yang memiliki purata pace yang paling perlahan sepanjang sesi jogging Bulan Mac ni.


Purata pace yang mampu aku capai pada waktu itu adalah 06:44 min/km.

Manakala, data dibawah ini pula merujuk kepada sesi jogging aku yang memiliki purata pace yang paling laju sepanjang bulan Mac ni.


Purata pace yang mampu aku capai pada waktu itu adalah 06:08 min/km.

Tinggal 372.7 km lagi jarak yang perlu aku jog dengan hari yang tinggal selama 275 hari lagi. Purata aku jog selama seminggu adalah 13.7 km/minggu.


Sampai disini sahaja perkongsian aku kali ni. Akan datang aku akan jogging sejauh 5.8 km untuk satu sesi jogging pula sepanjang Bulan April. Jumpa nanti.


Comments

Popular Posts