29 minit jog sepanjang Bulan February.

Lagi sekali aku lambat update perkongsian jogging aku untuk bulan kedua. Alhamdulillah aku berkesempatan untuk jogging untuk bulan February ni. Kali ni misi aku adalah jog selama 29 minit sepanjang bulan February. Perkara yang ingin aku lihat selama 29 minit adalah jarak serta pace yang aku capai untuk satu sesi jogging.

Berikut adalah ringkasan bagi prestasi jogging sepanjang bulan February ini.


Aku telah berjaya jog sejauh 63.1 km sebanyak 14 sesi. Kalori yang terbakar sepanjang aku jogging Bulan February adalah 3837 kalori. Purata kelajuan yang tercapai 9.3 km/h. Agak sedikit perlahan berbanding bulan lepas. Kelajuan paling tinggi yang mampu aku capai pada bulan tersebut adalah 12.5 km/h. 

Berikut adalah data bagi jogging aku yang memiliki purata pace yang paling perlahan sepanjang sesi jogging Bulan February ni.


Purata pace yang mampu aku capai pada waktu itu adalah dalam 06:35 min/km.

Manakala, data dibawah ini pula merujuk kepada sesi jogging aku yang memiliki purata pace yang paling laju sepanjang bulan February ni.


Purata pace yang mampu aku capai pada waktu itu adalah dalam 06:12 min/km.

Tinggal 434.7 km lagi jarak yang perlu aku jog dengan hari yang tinggal selama 306 hari lagi. Purata aku jog selama seminggu adalah 12.9 km/minggu. 


Sampai disini sahaja perkongsian aku kali ni. Akan datang aku akan jogging untuk bakar kalori sebanyak 290 kilo kalori untuk satu sesi jogging pula sepanjang Bulan Mac. Jumpa nanti.

Comments

Popular Posts