Pengalaman pertama kali naik KTM.




Bulan lepas merupakan cuti sekolah. Aku dan keluarga sudah membuat perancangan  a family trip to Gemas Negeri Sembilan. Ini merupakan pengalaman pertama kali Aku tidur di Negeri Sembilan. Selama ni, aku lalu sahaja negeri yang berjiran dengan Melaka ni.

Perjalanan kami dari Pekan ke Gemas disirami dengan air hujan kadang-kadang renyai dan ada masa hujan lebat di jalan raya. Jarak penglihatan jadi terbatas. Banyak lopak diatas jalan raya menyebabkan tempoh perjalanan kami menjadi lama. Kami sampai di tempat penginapan pada pukul 4 suku petang. 

Pada malam hari, aku pergi ke bandar Gemas. Bandar Gemas ada Cu Mart dan Familymart. 

Mula-mula kita pergi Cu Mart dulu.



Tiada idea aku nak beli produk di Cu Mart ni. Pertama kali pergi situ sebenarnya. Aku rasa, Cu Mart ni best pergi waktu kemuncak kot.

Lepastu, aku macam biasa dimana ada Familymart, memang kena singgah lah. 

Kita beli makanan yang tak perlu kita beratur dan tunggu lama untuk dapat makanan tu.



Hari berikutnya merupakan aktiviti utama yang kami nak lakukan iaitu menaiki KTM dari Gemas ke Kemayan. Selepas selesai bersarapan dan bersiap, kami pergi ke stesen kereta api Gemas seawal 8.40 pagi. Cuaca sepanjang haritu, hujan mencurah-curah. 

Kami mengambil masa selama lapan minit untuk sampai ke stesen. Kami tunggu lagi beberapa minit untuk boleh memasuki ke platform. 


Pada pukul 9.04 pagi, kami telah dibenarkan untuk memasuki platform.


Kereta api kami berada di platform dua. Perjalanan kereta api ni sampai ke Kuala Lipis sahaja kalau tak silap.


Masuk-masuk je keretapi, aku nampak tandas dia dah. Aku dapat gerabak yang berdekatan dengan tandas dan musolla. Gerabak aku ni duduk di tengah-tengah. Kira oklah. 


Keretapi bergerak dalam pukul 9.24 pagi. Perjalanan dari Gemas ke Kemayan mengambil masa selama satu jam tiga puluh lapan minit dengan jarak sejauh 76.89 km. 


Keretapi bergerak tidaklah begitu laju. Paling laju pun 71.9 km. Stesen yang kami lalu Stesen Bahau.




Aku sampai Stesen Kemayan pukul 11.05 pagi. Stesen Kemayan ni belum siap sepenuhnya. 

Tujuan kami datang ke Kemayan bukan saja-saja ye. Ada agenda lain sebenarnya. 


Bayangkan, hampir 70 peratus penumpang keretapi yang kami naik tadi, turun sama-sama dengan kami semata-mata nak makan dekat kedai ni. Kira kedai viral lah ni.

Lain macam betul hujan-hujan macam ni pekena cendol kan. 😅 Ada banyak lagi menu lain. Tapi, aku prefer minum cendol dan makan makanan yang ringan-ringan je.

Selepas puas makan-makan disitu, kami pun kembali semula ke keretapi untuk menunggu keretapi ke Gemas pula. 


Sampai juga keretapi. Keretapi ni dari arah Kuala Lipis lah agaknya. Kami bertolak ke Gemas pada pukul 1.15 petang. Hala pergi dan Hala balik kami datang kerusi menghadap ke belakang. Jadi, kami ibarat sedang reverse sahaja. 😅 

Sekarang aku nak tunjuk kemudahan yang ada dalam keretapi ni.


Ni suasana mini cafe dia. Terletak di gerabak yang hujung. 


Antara makanan dan minuman yang ada dalam keretapi. Tapi, nak beli makanan ni kena naik keretapi trip pertama. Kadang-kadang semasa trip pertama pun makanan boleh habis.

Tak sahlah kalau naik keretapi kalau tak pergi ke tandas.


Masa ni nak keluar dari tandas. Beberapa minit sebelum sampai Gemas, baru nak pergi ke tandas.

Akhirnya, kami sampai ke Gemas pada pukul 2.51 petang. Perjalanan hala balik terasa sekejap je. 



Hari terakhir di bumi Gemas, kami keluar dari tempat penginapan selepas sarapan untuk meneruskan perjalanan ke destinasi yang seterusnya. 

Perjalanan dari Gemas ke Alor Gajah ditemani dengan hujan renyai. Kami melalui jalan kampung dan felda. Tujuan kami ke Alor Gajah untuk melawat cucu disana.

Seterusnya Kami meneruskan perjalanan kami ke Gombak pula dengan melalui Lebuhraya Utara Selatan masuk ikut plaza tol Simpang Ampat sehingga sampai ke Gombak. Lebuhraya masa tu ada masa perjalanan agak perlahan dibeberapa tempat. Kami pergi ke Gombak untuk melawat mak saudara dan pak saudara. 

Lepas selesai solat jamak, rehat dan makan, kami meneruskan pula perjalanan kami balik ke Pahang. Perjalanan kami masa tu ditemani dengan hujan yang lebat. Kereta bergerak perlahan. Jarak penglihatan pun agak terbatas. Menghampiri pukul 7 malam kami sampai ke Maran melawat adik-beradik. 

Lepas selesai solat jamak, rehat dan makan, kami pun meneruskan pula perjalanan kami balik ke Pekan. 

Pada pukul 10.14 malam, kami selamat sampai di Pekan. Satu pengalaman cuti yang menyeronokan. Next, nak pergi mana pula?

Comments

Popular Posts