2.9 km jog sepanjang bulan Januari.

Lambat sangat aku update perkongsian jogging aku bulan pertama ni. Alhamdulillah aku dapat memulakan jogging pertama aku seperti kebiasaan. Kali ni misi aku adalah jog sejauh 2.9 km sepanjang bulan Januari. Perkara yang ingin aku lihat sepanjang 2.9 km adalah masa serta pace yang aku capai untuk satu sesi jogging.

Berikut adalah ringkasan bagi prestasi jogging sepanjang bulan Januari ini. 


Aku telah berjaya jog sejauh 52.3 km sebanyak 18 sesi. Kalori yang terbakar sepanjang Aku jogging Bulan Januari adalah 3119 kalori. Purata kelajuan yang tercapai 9.5 km/h. Satu permulaan yang baik dari segi kelajuan. Kelajuan paling tinggi Yang mampu aku capai untuk bulan tersebut adalah 14.9 km/h. 

Berikut adalah data bagi jogging aku yang memiliki purata pace yang paling perlahan sepanjang sesi jogging bukan Januari ni.



Purata pace yang mampu aku capai pada waktu itu adalah dalam 06:38 min/km.

Manakala, data dibawah ini pula merujuk kepada sesi jogging aku yang memiliki purata pace yang paling laju sepanjang bulan Januari ni.


Purata pace yang mampu aku capai pada waktu itu adalah dalam 06:00 min/km.

Tinggal 497.8 km lagi jarak yang perlu aku jog dengan hari yang tinggal selama 334 hari lagi. Purata aku jog selama selama seminggu adalah 10.5 km / minggu.


Sampai disini sahaja perkongsian aku kali ni. Akan datang aku akan jogging selama 29 minit untuk satu sesi jogging sepanjang bulan February pula. Jumpa nanti.

Comments

Popular Posts