Tahun Baru, jarak jogging yang baru, 550 km

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sudah lama aku tak update berkaitan dengan jogging. Sekarang dah berminggu-minggu kita telah berada di tahun baru. Baru sekarang aku berkesempatan untuk mengarang post baru. Post kali berkaitan tentang perancangan dan target aku untuk jogging 2023. 


Untuk jog tahun ni, aku bercadang untuk jog sejauh 550 km, 50 km lebih daripada jarak jog tahun lepas. Tahun ni aku akan jog dengan variati sesi seperti 2.9 km jog, 29 minit jog, 290 kilo kalori jog, 5.8 km jog, 58 minit jog dan 580 kilo kalori jog.

Tahun ni juga aku nak cuba at least sekali sahaja half marathon dengan syarat aku dah selesa jogging sejauh 10 km sebanyak 9 sesi. Perancangan selebihnya akan difikirkan akan datang. 

Setakat ni, aku masih memakai kasut jogging yang sama berjenama Kalenji Run One. Aku dah melangkah dengan menggunakan kasut pada permulaan jalan yang berbeza hampir 600 km sudah. Ada rezeki lebih, aku akan beli kasut jogging baru pula.

Ikuti perjalanan jog aku setiap Bulan untuk menamatkan perjalanan 550 km.


Comments

Popular Posts