Apa yang aku makan dan buat selama tiga hari sempena menyambut setahun sebelum mencapai 30 tahun.

Selasa 17/1/2023

Pra kejadian

Aku dah lama sangat teringin nak makan nasi ayam kedai Along Mee Kari simpang empat lampu isyarat Gambang. Dah lebih tiga tahun aku tak makan nasi ayam tu. Banyak kali aku lalu Gambang, tapi belum berkesempatan nak repeat nasi ayam kedai tu. Kali ni, aku nekad nak pergi juga.


Lihatlah nasi ayam dia. Look delicious right? Rasa dia still sama macam dulu. Harga aku tak sure. Tapi, sekarang harga dia RM9. Bahagian yang aku suka dengan nasi ayam ni, mestilah ayam dan kicap dia. Portion dia pun just nice. Semua orang kena cuba nasi ayam kedai ni. Tapi, menu utama kedai ni mestilah mee kari sempena nama kedai ni. Mee kari dia dihidangkan dalam claypot. Panas-panas dari dapur kita dapat mee kari tu.

Seterusnya, selepas dah kenyang makan, aku menuju ke UMP Gambang untuk meninjau suasana terkini UMP Gambang. Aku buat pusingan yang biasa aku buat kalau aku jogging dalam UMP. Sampai kawasan Kolej Kediaman empat, berhampiran bangunan tersebut ada sebuah gudang 99 Speedmart yang agak besar. Kalau aku tak masuk UMP, mesti aku tak tahu akan kewujudan gudang tersebut. Kemudian, aku adalah berjumpa beberapa staf UMP sahaja tegur sapa. Maklumlah lama tak jumpa. Dah selesai hal di Gambang, kita lanjut pulang ke Pekan.

Macam biasa dalam pukul 6 aku akan jogging 2.9 km.



Pace aku jogging pada hari tersebut 06:35min/km. Pace standard aku jog. Tiada apa-apa aktiviti sangat aku buat haritu.



Rabu 18/1/2023

Hari kejadian

Balik dari kerja, aku rancang nak makan kek dan dah lama aku teringin nak minum kopi latte yang bahagian atas kopi tu ada muka kita. Aku memilih kedai Richiamo Coffee sebab kedai ni yang ada buat printed latte. Jadi, hari tu Sejarah kecil telah terhasil. 


Aku memesan kek tiramisu yang berharga RM12.9 dan hot cafe latte dengan coffee print gambar yang berharga RM10.9. Rasa kek dia just nice sahaja. Kopi dia pun not bad. Bahagian printed gambar tu rasa pahit. 


Selain tu aku ada memesan creamy beef meatball yang berharga RM8.9. Rasa cheese dia masam-masam. Aku tak minat lah menu ni. Meatball dia ok je. Lepas dah kenyang makan, aku balik rumah. Tiada apa-apa yang aku nak makan lagi.

Macam biasa, pukul 6 lebih je aku jog 2.9 km.




Pace aku kali ni sedikit laju berbanding jogging hari semalam iaitu 06:20 min/km. Hari tu juga tiada apa-apa aktiviti yang aku buat.



Khamis 19/1/2023

Pasca kejadian

Hari tu, aku tak rancang nak makan something special pun. Aku balik rumah awal. Waktu petang, macam biasa aku akan jogging 2.9 km.



Pace jogging aku hari tu perlahan sedikit berbanding hari sebelum ni iaitu 06:26 min/km. Hari tu aku jogging di tepian Sungai Pahang, port favourite aku jogging.

Malam hari lepas Isyak, aku mengambil keputusan untuk pergi berbekam. Aku dah rancang nak bekam muka dan kepala sahaja. Anggota badan yang lain aku dah pernah bekam. 






Untuk muka, aku bekam sebanyak lima cup yang berharga RM20 sahaja. Manakala untuk kepala, aku bekam sebanyak enam cup yang berharga RM30 sahaja. Muka aku tidak meninggalkan kesan bekam yang agak ketara sangat sebab penggunaan minyak yang mengurangkan kesan bekam. Bekam kepala yang ni tidak memerlukan aku untuk cukur sebahagian kepala untuk berbekam kerana cup berbekam itu  menggunakan mesin pum yang kuat untuk melekap pada kepala aku. Akan datang aku nak bekam badan dan kaki sahaja.

Sampai disini sahaja perkongsian tiga hari makan-makan dan aktiviti yang aku buat. Bertemu kita nanti tahun depan. Selamat.

Comments

Popular Posts