Lagi menu sarapan oleh Smokey'o.Coffee.

Kedai kopi Smokey’O Coffee sekali lagi telah mengeluarkan menu sarapan baru iaitu smashed burger dan pancake. Jom ikuti menu makanan yang menjadi pilihan aku.


27 Oktober 2022, Khamis

Untuk menu permulaan, aku pertama kali makan smashed burger single classic yang berharga RM10.

Burger ini menggunakan patty daging lembu buatan sendiri, cheddar cheese, caramelized onion dan SMOKEY'O signature sauce. Bahagian yang paling aku suka ialah caramelized onion.


28 Oktober 2022, Jumaat

Hari seterusnya, aku makan menu burger kedua iaitu smashed burger rising sun yang berharga RM13.

Burger ini juga menggunakan patty daging lembu buatan sendiri, sunny up egg, cheese cheddar, caramelized onions dan SMOKEY'O signature sauce.


2 November 2022, Rabu

Kali ni, aku makan burger seterusnya iaitu smashed burger morning scramble yang juga berharga RM13.

Burger ini pun menggunakan patty daging lembu buatan sendiri, scramble egg, cheddar cheese, caramelized onions dan SMOKEY'O signature sauce dia. 


11 November 2022, Ahad

Aku nak cuba makan pancake pula. Mula-mula kita makan pancake classico yang berharga RM6


Aku ingat pancake dia besar. Sekali saiz dia kecil macam Dorayaki je. 😅 Untuk menu pancake ni, aku dapat enam keping pancake bersaiz kecil, mentega dan sirap.


23 November 2022, Rabu

Kali ni, aku makan menu terakhir iaitu pancake moderno yang berharga RM8.


Macam biasalah, aku dapat enam keping pancake yang bersaiz kecil. Untuk pancake moderno disediakan mentega dan pilihan sama ada sirap coklat atau sirap strawberi. Aku pilih sirap coklat.

Comments

Popular Posts