Empat menu breakfast yang aku cuba di Smokey'o Coffee

Sarapan adalah satu rutin yang penting bagi kita. Sarapan membekalkan tenaga kepada kita bagi mengharungi kehidupan yang sibuk samada sebagai seorang pelajar, pekerja mahupun surirumah.

Baru-baru ni aku telah berkenalan dengan kumpulan menu baharu iaitu breakfast di Smokey’O Coffee. Mari kita lihat satu persatu menu yang aku makan sepanjang empat hari aku makan. Jangan bimbang post kali tidak begitu panjang macam sebelum ni. Setakat pengenalan saja.


20/9/2022, Selasa

Hari pertama aku mencuba menu yang paling murah iaitu Egg on toast yang berharga RM4.90

Menu ni mengandungi telur hancur, roti bakar dan tomato ceri yang dipanggang. Teh panas dan sosej tu tak termasuk.


21/9/2022, Rabu

Hari kedua aku mencuba menu seterusnya adalah Toast with chicken slice yang berharga RM6.90.

Menu ni mengandungi roti bakar berserta kepingan ayam dan keju, telur hancur dan tomato ceri yang dipanggang. Teh panas tak termasuk.


22/9/2022, Khamis

Hari seterusnya aku mencuba menu yang agak besar portionAmerican Breakfast yang berharga RM8.90.


Menu ni mengandungi telur hancur, sosej, roti bakar, kacang panggang dan tomato ceri yang dipanggang. Teh panas tak termasuk.


23/9/2022, Jumaat

Hari terakhir kita mencuba menu Breakfast, kita makanan yang paling banyak portion, Smokey'O Big Breakfast yang berharga RM13.90.

Menu ni mengandungi telur hancur, sosej, roti bakar, kacang panggang, kentang goreng, hirisan oren dan tomato ceri yang dipanggang.


Bagi korang yang agak bosan dengan menu sarapan seperti nasi lemak dan roti canai, bolehlah cuba menu ni ala-ala English breakfast atau American breakfast. Boleh pilih mana-mana menu dari kuantiti kecil sehingga kuantiti yang besar dengan harga yang berpatutan. 


Sila Komen dibawah, patutkah aku buat balik menu yang aku makan ni?

Comments

Popular Posts