Bulan 8, jog bulan kemerdekaan

Bulan lepas aku telah melakukan pelbagai variasi jog seperti jog sejauh 2.8 km dan 5.6 km, jog selama 28 minit dan 56 minit serta jog untuk membakar 280 dan 560 kilo kalori. Namun, untuk sesi Bulan lepas ada beberapa halangan yang perlu aku hadapi seperti masalah kesihatan dan cuaca sehingga aku tidak berpeluang jog untuk membakar 560 kilo kalori. 

Berbalik kepada misi jogging aku untuk bulan Ogos ini, aku akan jogging secara berperingkat iaitu jog untuk membakar 100 kilo kalori, jog selama 1 jam dan jog sejauh 10 kilometer. 

Tujuan aku jogging bulan adalah aku nak latih diri aku untuk dapatkan masa jog antara 1 jam hingga 1 jam 18 minit untuk jog sejauh 10 kilometer. 

Berikut adalah ringkasan bagi prestasi aku jogging sepanjang bulan Ogos ni.

Aku berjaya jog sejauh 62.8 km sebanyak 9 sesi. Kalori yang terbakar sepanjang Aku jogging bulan ni adalah sebanyak 3527 kilo kalori. Purata kelajuan yang aku capai adalah 9.1 km/h, menurun berbanding bulan lepas. Kelajuan yang mampu aku capai bagi bulan ni adalah 16.2 km/h. Ada peningkatan kelajuan yang mendadak bagi bulan ni berbanding bulan lepas. 

Berikut adalah data bagi jogging aku yang memiliki pace yang paling perlahan.


Purata pace yang mampu aku capai pada waktu tersebut adalah 07:02 min/km. 

Manakala, data dibawah ini pula merujuk sesi jogging aku yang memiliki purata pace yang paling laju. 


Purata pace yang mampu aku capai pada waktu itu adalah 05:17 min/km.

Tinggal 41.6 km jarak yang perlu aku jog dengan hari yang tinggal selama 120 hari lagi. Purata aku jogging selama seminggu adalah 13.1 km / minggu. Untuk mencapai matlamat jarak tahunan jogging, aku mesti jog sejauh 2.4 km / minggu. 


Kondisi kaki aku semasa jog dan ketika diluar sesi jog pun dah semakin baik. Jarang rasa tidak selesa pada kaki.

Next planning, aku hanya perlu jog dengan jarak dekat sahaja bawah 7 km. Aku nak cuba dapatkan pace bawah 06:00 min/km untuk 3 kilometer yang pertama sesi jogging.


Comments

Popular Posts