Maaf dan ego

Ada satu perkataan ni, pendek sahaja perkataan dia, tetapi susah kita nak laksanakan iaitu MAAF

Definisi maaf menurut Dewan Bahasa dan Pustaka membawa maksud kerelaan melepaskan atau membebaskan seseorang daripada hukuman atau denda kerana sesuatu kesalahan.

Misalnya, jika berlaku perselisihan faham antara kita dan kawan kita yang mengakibatkan pergaduhan besar, perkara yang perlu kita lakukan adalah kita perlu meminta maaf dan memaafkan kawan kita. Jika kita sesama bermaafan barulah kehidupan kita lebih baik dan bahagia. 

Setiap malam sebelum tidur, kita hendaklah memaafkan mereka yang membuat salah dengan kita agar hati kita lebih tenang. Apabila hati kita tenang, hidup kita lebih bahagia. Manusia bersifat tidak sempurna. Tak pelik jika manusia selalu membuat kesalahan. 

Namun, ada satu lagi perkataan yang lebih pendek daripada maaf, tetapi kita lebih cenderung untuk memiliki sifat tersebut itu, iaitu EGO

Definisi ego menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat membawa maksud kagum terhadap diri sendiri, angkuh, bongkak.

Jangan malu untuk meminta maaf jika kita buat salah. Kita ni insan yang lemah. Ada masa kita tidak selalunya betul. Kita juga mestilah memaafkan kesalahan orang lain. Mereka juga sama seperti kita, insan yang tidak sempurna.

Kita kena hindari sifat ego tu. Kita meminta maaf dan memaafkan bukan menunjukkan diri kita lemah, tetapi kita akan menjadi lebih matang dalam kehidupan. Jadi, untuk membuat kita senang meminta maaf dan memaafkan orang adalah dengan membuang atau merendahkan ego kita.


Comments

Popular Posts