Bulan 7, cabaran seminggu deman dan hujan waktu petang

Bulan lepas, aku telah membakar 280 dan 560 kilo kalori. Misi aku untuk bulan ni adalah jogging dari 2.8 km, 28 minit, 280 kilo kalori, 5.6 km, 56 minit sampai 560 kilo kalori. 

Namun, rancangan jogging aku untuk bulan ni tak menjadi sangat terutama sekali jog untuk membakar 560 kilo kalori. Hal ini kerana faktor cuaca yang tak mengizinkan aku untuk jog jarak yang jauh dan tahap kesihatan yang kurang baik selama seminggu. 

Tujuan aku jogging bulan ni adalah untuk mengetahui jarak dan pace yang mampu aku capai sepanjang sesi aku jog.

Berikut adalah ringkasan bagi prestasi jogging aku sepanjang bulan Julai ni.


Aku berjaya jog sejauh 63.1 km sebanyak 12 sesi. Kalori yang terbakar sepanjang aku jogging bulan Julai adalah 3487 kilo kalori. Purata kelajuan yang aku capai adalah 9.5 km/h semakin meningkat kelajuan berbanding bulan lepas. Kelajuan yang paling tinggi aku capai bagi bulan ni adalah 14.9 km/h. Ada peningkatan kelajuan untuk bulan ni berbanding bulan lepas.

Berikut adalah data bagi jogging aku yang memiliki pace yang paling perlahan.


Purata pace yang mampu aku capai pada waktu tersebut adalah 07:16 min/km.

Manakala, data dibawah ini pula merujuk kepada sesi jogging aku yang memiliki purata pace yang paling laju.


Purata pace yang mampu aku capai pada waktu tersebut adalah 05:34 min/km.

Tinggal 104.4 km lagi jarak yang perlu aku jog dengan hari yang tinggal selama 149 hari lagi. Purata aku jogging selama seminggu adalah 12.8 km / minggu. Untuk mencapai matlamat jarak tahun jogging, aku mesti jog sejauh 4.8 km / minggu. 


Kondisi kaki aku semasa jogging macam biasa baik sahaja. Semasa luar sesi jogging sahaja, kondisi kaki kadang-kadang sedikit rasa tidak selesa. 

Next planning, aku nak jogging secara berperingkat cabaran dia bermula dari jog untuk bakar 100 kilo kalori, jog selama 1 jam dan jog sejauh 10 km. Selepas selesai semua peringkat tersebut, aku akan ulang balik dari peringkat bawah. 

Tujuan aku jog untuk bakar 100 kilo kalori adalah aku nak menguji pace yang paling laju yang mampu aku capai. Manakala, tujuan aku jog selama sejam adalah aku nak menguji sejauh mana yang mampu aku jog dalam masa sejam. Tujuan aku jog sejauh 10 km adalah untuk menguji kemampuan aku jog antara 1 jam hingga 1 jam 18 minit. 

Hujung bulan lapan ni, aku ada menyertai acara PDRM run di Kuantan. Ayuh kita tamatkan cabaran jog tahun ni dengan jayanya.









Comments

Popular Posts