Bulan 6, 280 dan 560 kilo kalori jogging session, pandangan aku mengenai kasut Kalenji Run One selepas 250 km.

Sebelum ni, aku telah jogging sejauh 5.6 km dan 56 minit tempoh masa. Misi aku untuk bulan ni adalah untuk jog dengan bertujuan membakar 280 dan 560 kilo kalori. 

Tujuan aku jogging dengan membakar 280 dan 560 kilo kalori adalah untuk mengetahui jarak dan pace yang mampu aku capai sepanjang sesi aku jog.

Berikut adalah ringkasan bagi prestasi jogging aku sepanjang bulan Jun ni.

Aku berjaya jog sejauh 93.2 km sebanyak 12 sesi. Kalori yang terbakar sepanjang aku jogging bulan Jun adalah 5051 kilo kalori. Purata kelajuan yang aku capai adalah 9.2 km/h semakin meningkat kelajuan berbanding bulan lepas. Kelajuan yang paling tinggi aku capai bagi bulan ni adalah 13.9 km/h. Ada peningkatan kelajuan untuk bulan ni berbanding bulan lepas.

Berikut adalah data bagi jogging aku yang memiliki pace yang paling perlahan bagi 280 dan 560 kilo kalori sepanjang sesi jogging bulan Jun ni.

Purata pace yang mampu aku capai pada waktu tersebut adalah 06:20 min/km untuk kategori 280 kilo kalori.

Purata pace yang mampu aku capai pada waktu tersebut adalah 06:51 min/km untuk kategori 560 kilo kalori.

Manakala, data dibawah ini pula merujuk kepada sesi jogging aku yang memiliki purata pace yang paling laju bagi 280 dan 560 kilo kalori sepanjang sesi jogging bulan Jun ni.

Purata pace yang mampu aku capai pada waktu tersebut adalah 05:58 min/km untuk kategori 280 kilo kalori.

Purata pace yang mampu aku capai pada waktu tersebut adalah 06:34 min/km untuk kategori 560 kilo kalori.

Tinggal 167.5 km lagi jarak yang perlu aku jog dengan hari yang tinggal selama 184 hari lagi. Purata aku jogging selama seminggu adalah 12.8 km / minggu. Untuk mencapai matlamat jarak tahun jogging, aku mesti jog sejauh 6.3 km / minggu. 

Kondisi kaki aku semasa jogging pun sudah baik. Semasa luar sesi jogging sahaja, kondisi kaki kadang-kadang sedikit rasa tidak selesa. 

Berkaitan dengan pandangan dan pengalaman aku memakai Kalenji Run One, bagi aku kasut ni ringan dan tak terasa berat kaki ni nak melangkah. Tapak kasut dia pun nampak pejal dan kalau setakat nak jog permukaan jalan tar tu tak terasa sangat tekanan dia. Tapi, kalau jalan berbatu masih lagi terasa tekanan dari batu yang kita pijak. Lagi satu, kalau kita jog dipermukaan yang licin, tapak kasut ni memiliki cengkaman yang kurang kuat. Tapi, bukan selalu pun lalu permukaan yang licin. 

Ini adalah gambaran tapak kasut aku setelah lebih daripada 250 km jog. Tapak dia luak juga. Tapi, masih boleh digunakan.

Kondisi kasut ni pun masih lagi dalam keadaan baik. Kita akan tengok balik keadaan kasut ni selepas 500 km jog berjaya aku capai.

Jog untuk bakar 560 kilo kalori memang satu nikmat sebab kita boleh jog lebih jauh dan lama. Jog untuk bakar 560 kilo kalori aku boleh pergi sejauh 10 km lebih dan selama 1 jam lebih. Tapi, purata pace aku kurang laju lagi sebab aku jog jauh dan lama. Jadi, aku kena biasakan diri aku untuk jog dengan jarak dan masa tersebut. 

Next planning, aku nak jogging secara santai-santai dan berperingkat cabaran dia bermula dari 2.8 km, 28 minit, 280 kilo kalori, 5.6 km, 56 minit dan 560 kilo kalori. Selepas selesai semua peringkat tersebut, aku akan ulang balik dari peringkat bawah. Ayuh kita tamatkan cabaran jog tahun ni dengan jayanya.


Comments

Popular Posts