Penulisan kreatif media sosial

Post ni berkaitan dengan program yang aku hadiri beberapa tahun lepas. Program ni berkaitan dengan penulisan media massa yang bertajuk, BENGKEL PENULISAN KREATIF MEDIA SOSIAL DAN PENERBITAN.

Dalam program ni, kami diperkenalkan satu aplikasi iaitu Canva apps.

Aplikasi ni merupakan satu platform dalam menghasilkan kulit buku yang kreatif dan menarik minat pembaca untuk membaca. 

Dalam penulisan, kita kena tahu kenapa kita nak menulis?

  1. Kerana kita nak berkongsi pengalaman kita kepada pembaca.
  2. Dengan menulis ni, kita boleh jadi sebagai hobi lapangan kita.
  3. Dengan menulis juga kita dapat meluahkan perasaan kita sama ada gembira, marah atau sedih.
  4. Apabila kita menulis, kita dapat menyampaikan kebaikan ilmu kepada semua orang.
Info: Idea akan hilang selama 30 saat. Jika setiap kali idea muncul, terus catat idea tersebut atau rekod suara.

Cuba kita bayangkan ada lima sungai yang menghalang perjalanan kita. Sebelum kita menuju ke masa depan, kita akan mengharungi Sungai Malas, Sungai Selesa, Sungai Takut/Malu, Sungai Sempurna dan Sungai Susah Payah. 

Mari kita terokai penerangan bagi kelima-lima jenis sungai tersebut.
  1. Malas vs Istiqamah, rajin 
    • Istiqamah boleh mengatasi rasa malas. Jika kita selalu istiqamah dalam penulisan, rasa malas kita akan beransur hilang. 
    • Jika kita istiqamah membaca buku sebelum tidur setiap hari, dua muka surat, setahun kita akan dapat beberapa buah buku (ilmu).
    • Orang kata, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Pilihan untuk membaca sebelum tidur dan menulis setiap hari bergantung kepada usaha kita.
    • Kita akan lebih berjaya dalam bidang penulisan jika kita dapat amalkan apa-apa ilmu yang terdapat dalam penulisan kita. 
    • Kejayaan dalam penulisan juga bergantung kepada seberapa lama tempoh kita menulis.
    • Dalam penulisan, kita kena cari dan ada mentor supaya kita dapat ikut gaya orang yang hebat.
  2. Selesa vs Pengorbanan
    • Sebelum kita mula menulis, kita disarankan untuk membaca novel dalam gerne yang sama dahulu lima hingga sepuluh judul. 
    • Selain itu, kita disarankan untuk membaca lima artikel dalam tempoh beberapa hari. 
  3. Takut dan malu vs hikmah
    • Kita kena sedar bahawa segala yang berlaku dalam dunia ni dari Allah. 
    • Apa itu hikmah? Hikmah itu adalah nasib baik yang muncul disebalik takdir buruk. 
    • Takut menulis? Takut salah. Takut di kritik. 
    • Kalau kita takut salah, kita akan berada dalam keadaan salah.
    • Dalam penulisan, kita kena masukkan hikmah.
    • Jangan takut dengan apa-apa yang kita nak kongsikan. Tapi, kongsilah perkara yang sahih.
    • Apabila kita menulis, Allah akan nilai tujuan baik buruk penulisan yang kita hasilkan.
  4. Sempurna vs zuhud
    • Kerja siap, tetapi tidak sempurna hasilnya perlulah kita hindari.
    • Orang yang memiliki kereta yang mewah tidak menentukan orang itu tidak zuhud. Tetapi, bergantung kepada tujuan pengunaannya. 
    • Sebelum kita nak post atau publish hasil tulisan kita, ambilah masa 10 minit untuk menyemak semula isi tulisan kita.
  5. Susah vs sabar
    • Nabi Muhammad S.A.W merupakan insan yang paling bersabar.
    • Kesemua sifat Ulul Azmi ada pada Nabi Muhammad S.A.W.
    • Kejayaan adalah milik orang yang bersabar.
    • Kritikan yang kita terima mungkin mampu menyelamatkan kita daripada sifat riak.
Perkara yang perlu ada bagi seorang penulis,
  • Seorang penulis mestilah memasang niat dan minat untuk berkongsi ilmu
  • Seorang penulis juga mestilah ada sifat suka menyiasat sesuatu perkara.

Jadi, bagaimana kita nak menulis?

  • Kita menulis dengan niat untuk berkongsi kisah hidup untuk tatapan generasi masa hadapan.
  • Kita kena ada bakat. Namun, jika kita tidak memiliki bakat, kita boleh belajar, dan yang penting kita sentiasa istiqamah.
  • Kita kena sentiasa luangkan masa untuk menulis dan membaca.
Sekarang, kita nak tahu serba sedikit cara nak menulis cerita.
  1. Mula-mula, kita kena ada atau cari masalah yang unik, menarik dan luar biasa.
  2. Setelah kita ada atau cari masalah, kita kena pilih jalan penyelesaian yang tidak dijangka pembaca. Dalam erti kata lain, plot twist atau WOW faktor.
    • Fakta -Dalam penulisan perlu ada rujukan, ilmu sandaran dan sejarah agar setiap penceritaan adalah jelas berpandukan fakta.
    • Emosi -Dalam sesebuah penceritaan, kita kena visualkan emosi sama ada suka, duka, marah dan sedih. Supaya setiap penceritaan itu kelihatan hidup.
    • Hiburan -Tidak lengkap dalam sesebuah penceritaan tanpa hiburan, betul tak? Kita boleh selit sedikit lawak, punchline dan mungkin lagu bagi menaikkan lagi kekuatan bagi sesuatu penceritaan. Hiburan dalan penulisan adalah ibarat halwa telinga.
    • Ending -Dalam sesebuah penceritaan atau penulisan, bahagian pengakhiran adalah bahagian kegemaran semua orang. Semua orang suka pengakhiran kisah yang gembira. Ada juga orang yang suka pengakhiran yang plot twist. Bahagian akhir cerita bahagian yang paling pembaca tunggu sebab pembaca tak sabar nak tahu kesudahan bagi sesuatu penceritaaan. 
Ok, seterusnya kita lanjut kepada perkara yang perlu dibuat sebelum post idea atau cerita. 
  1. Sebelum kita nak post cerita atau idea, adalah baik jika kita rekod idea tersebut sama ada kita tulis idea tersebut atau buat dalam bentuk rakaman.
  2. Apabila kita terjumpa sesuatu idea sama ada article dalam talian, gambar mahupun keratan surat khabar, kita boleh snap idea tersebut dan memberi ulasan berdasarkan info yang kita perolehi.
  3. Selepas kita ulas idea atau cerita yang kita perolehi, janganlah sesekali kita terus post idea tersebut. Sebaliknya, ambil masa untuk membaca balik ulasan yang kita karang.
Dalam pembacaan, kita kena ada teknik yang efektif agar kita senang perolehi isi kandungan bagi sesetiap bahan yang kita baca. Salah satu teknik yang boleh kita guna adalah teknik peta minda. Untuk menjadi seorang penulis, kita kena banyakkan membaca. 
Membaca + membaca + membaca + menulis = penulis.
Setiap idea yang kita tulis atau karang kita boleh salurkan sama ada melalui Blog, Facebook, Twitter, buku dan e-book.

Sekarang, kita nak tahu tips penggunaan media sosial yang baik.
  • Kita perlu meletakkan atau menggunakan nama blog atau page yang senang diingati dalam erti kata lain cliche.
  • Kita dilarang menulis isu-isu yang sensitif dan elakkan meletakkan rasa kebencian dalam penulisan kita. Setiap penulisan perlu memberikan impak positif pada pembaca.
  • Jangan terlalu kerap memasukkan iklan didalam media sosial kita. Kalau boleh, selitkan iklan bagi setiap empat posting di media sosial.
  • Jangan terlalu kerap post selfie didalam media sosial bagi menggelakkan orang cepat bosan dengan media sosial kita. 
  • Sekiranya mahu membuat live atau space, pastikan kita sudah bersedia dengan tajuk beserta isi kandungan di dalam perbincangan maya tersebut.
Perkara terakhir yang perlu kita amalkan sekiranya kita nak dapatkan sasaran penonton atau pembaca yang kita mahu adalah dengan mengetahui masa yang terbaik atau sesuai untuk post idea atau cerita di media sosial.
  • Twitter, waktu terbaik adalah waktu rehat tengah hari, Isnin hinggga Jumaat, ataupun waktu tengah malam.
  • Facebook, waktu terbaik adalah pukul 1 tengah hari hingga 4 petang, Khamis hingga Ahad.
  • Instagram, waktu terbaik adalah pukul 11 pagi hingga 1 tengah hari, waktu bekerja dan 7 malam hingga 9 malam selepas waktu bekerja.
  • Youtube, waktu terbaik adalah pukul 12 tengah hari hingga 4 petang hari bekerja dan 9 pagi hingga 11 pagi hari hujung minggu.
Mengakhiri perkongsian saya kali ni,
Tajuk menang pembaca, isi menang pembeli

sekian, terima kasih. 


Comments

  1. good post 😊 would you like to follow each other? if the answer is yes, please follow me on my blog & i'll follow you back. https://camdandusler.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts