Bulan 5, mari bakar those lemang dan rendang. 5.6 km or 56 minutes jogging session.

Sebelum ni, aku telah jogging dengan bertujuan membakar  280 kilo kalori sepanjang bulan lepas, bulan Ramadhan. Misi aku untuk bulan ni adalah untuk jog sejauh 5.6 km atau selama 56 minit. Bersempena bulan Syawal ni, kita jogging lama dapat bakar those kalori yang kita ambil sepanjang Syawal, dengan jamuan rayanya dan rumah terbukanya.

Tujuan aku jogging sejauh 5.6 km adalah untuk mengetahui berapa purata pace yang mampu aku capai sepanjang 5.6 km. Manakala, tujuan aku jogging selama 56 minit adalah mengetahui jarak, pace dan kalori yang mampu aku capai selama 56 minit aku jogging.

Berikut adalah ringkasan bagi prestasi jogging aku sepanjang bulan Mei ni.


Aku berjaya jog sejauh 78.1 km sebanyak 11 sesi. Kalori yang terbakar sepanjang aku jogging bulan Mei adalah 4253 kilo kalori. Purata kelajuan yang aku capai adalah 9.0 km/h agak perlahan berbanding bulan lepas. Kelajuan yang paling tinggi aku capai bagi bulan ni adalah 12.6 km/h juga agak perlahan berbanding bulan lepas. 

Berikut adalah data bagi jogging aku yang memiliki pace yang paling perlahan sepanjang sesi jogging bulan Mei ni.


Purata pace yang mampu aku capai pada waktu tersebut adalah dalam 06:55 min/km.

Manakala, data dibawah ini pula merujuk kepada sesi jogging aku yang memiliki purata pace yang paling laju sepanjang bulan Mei ni.


Purata pace yang mampu aku capai pada waktu itu adalah 06:17 min/km.

Tinggal 260.7 km lagi jarak yang perlu aku jog dengan hari yang tinggal selama 212 hari lagi. Purata aku jogging selama seminggu adalah 10.9 km / minggu. Untuk mencapai matlamat jarak tahun jogging, aku mesti jog sejauh 8.5 km / minggu. 

Kondisi kaki aku semasa jogging pun sudah baik. Semasa luar sesi jogging sahaja, kondisi kaki kadang-kadang sedikit rasa tidak selesa. 

Jogging selama 56 minit ni agak mencabar lagi-lagi kalau kita jog dikawasan yang 84 peratus jalan tersebut adalah gravel road. Tambahan pula masa tu kita sedang puasa sunat dan sahur minum air sahaja. 

Next planning, aku nak jogging untuk membakar kalori sebanyak 280 dan 560 kilo kalori pula. Ayuh kita tingkatkan cabarun💪💪🏃‍♂️.

Comments

Popular Posts