Bulan 4, 280 kilo kalori jogging sepanjang bulan.
Sebelum ni, aku telah jogging selama 28 minit sepanjang bulan lepas. Misi aku untuk bulan ni adalah membakar 280 kilo kalori dengan jogging. Aku nak tahu berapa jauh jarak aku jogging dan berapa lama tempoh aku jogging.
Berikut adalah ringkasan bagi prestasi jogging aku sepanjang bulan April ni.
Aku berjaya jog sejauh 67 km sebanyak 13 sesi. Kalori terbakar sepanjang aku jogging bulan April adalah 3654 kilo kalori. Purata kelajuan yang tercapai9.4 km/h. Kelajuan jogging yang semakin meningkat berbanding bulan lepas. Hal ini kerana, kondisi kaki aku semakin pulih. Kelajuan yang paling tinggi yang mampu aku capai setakat bulan tersebut adalah 13.8km/h.
Berikut adalah data bagi jogging aku yang memiliki pace yang paling perlahan sepanjang sesi jogging bulan April ni.
Purata pace yang mampu aku capai pada waktu tersebut adalah dalam 06:41 min/km.
Manakala, data dibawah ini pula merujuk kepada sesi jogging aku yang memiliki purata pace yang paling laju sepanjang bulan April ni.
Purata pace yang mampu aku capai pada waktu itu adalah dalam 06:10 min/km.
Tinggal 338.7 km lagi jarak yang perlu aku jog dengan hari yang tinggal selama 240 hari lagi. Purata aku jogging selama seminggu adalah 9 km / minggu. Untuk mencapai matlamat jarak tahun jogging, aku mesti jog sejauh 9.7 km / minggu.
Kondisi kaki aku sekarang sudah semakin baik dan rasa tidak selesa sudah beransur kurang. Cuma ada satu bahagian pada kaki kanan aku rasa tidak selesa semasa jogging.
Jogging semasa bulan Ramadhan sememangnya satu pengalaman yang cukup bagus walaupun kita tidak makan atau minum sebelum jogging. Tekak terasa kering. Namun, tenaga masih ada.






Comments
Post a Comment