Makan-makan hujung bulan 2.

Hujung bulan ni, cuaca hujan terutama sekali semasa balik dari kerja. Cuti sekolah nak dekat. Duduk rumah sambil menikmati lazy weather memang best. 

24 February 2022, Khamis

Pagi Khamis hujan sangat lebat. Aku dah standby roti susu labu dan sup cendawan segera dari rumah. Jadi, sarapan pagi aku tak perlu pergi beli makanan di kedai. Terus makan apa yang ada. Roti susu labu, produk Samudra. 



Bagi aku, rasa roti tu not bad. Tak rasa labu sangat. Tapi, ada rasa susu sikit dan manis. Aku bagi nilai, 3.2/5. 

24 February 2022, Jumaat

Besok cuti selama beberapa minggu. Ibarat cuti akhir tahun. Kiranya, buka sekolah tu kita masuk sesi persekolahan baru. Balik dari sekolah tu, aku bercadang nak balik lalu ikut pantai. Cuaca masih lagi hujan. Aku pun singgah kedai makan untuk beli Maggi goreng udang di Maggi telur sotong Pantai Sepat.




Memang betul-betul menghangatkan badan. Pengalaman aku makan Maggi goreng udang ni memang sedap. Rasa masam-masam tomyam dia memang ngam dengan tekak aku. Boleh repeat lagi. Aku bagi nilai tinggi, 4/5.

Lepas makan, aku sempat lagi singgah tepi pantai untuk melihat suasana air laut ketika tu. Ombak yang kuat dan angin yang laju.



Sampai rumah aku sambung makan cookies dan cupcakes pula. Aku beli di kedai Niku Bakehouse. 


Aku beli cookies dan cupcake ni sebelum aku pergi makan Maggi goreng udang. Pendapat aku berkaitan dengan cupcake tu rasa biasa je. Dia punya cream tu standard cream yang biasa aku makan. Aku bagi nilai, 2.9/5. Cookies tu pula ada rasa matcha. Rasa dia pun biasa je. Mungkin kena makan masa baru lepas keluar dari oven kot baru rasa umph sikit. Aku bagi nilai, 2.8/5.

Comments

Popular Posts