Goodbye coffee, see you soon.

Bulan Ramadhan semakin hampir. Setiap kali bulan Ramadhan menjelma, aku akan cuba kurangkan pengambilan caffeine. Post kali ni aku banyak spend time balik kerja aku dengan mengopi.

25 March 2022, Jumaat

Mengopi lepas Jumaat memang best. Habis kerja, solat Jumaat, terus mengopi di KOPI SE. Aku minum kopi susu cheese pula. 


Pandangan aku berkenaan dengan kopi ni, not bad juga. Rasa berlemak je kopi tu sebab ada cheese. Aku bagi nilai tinggi, 4.1/5.


27 March 2022, Ahad

Hari Ahad aku kerja part time macam biasa. Kebetulan masa rehat tu, tokey kedai suruh aku beli makanan kat kedai. Aku pun ambil keputusan untuk beli kopi karamel di Kopi K Pekan


Bagi aku, nice je rasa kopi karamel ni. Rasa pahit dan manis dia nice. Aku bagi nilai, 3.8/5.


29 March 2022, Selasa

Balik kerja, aku cadang nak minum kopi Ahmad lokasi dekat Petronas Ubai. Lama dah aku nampak kehadiran kopi tu. Tapi, baru rasa nak minum kat situ. Jadi, Aku tapau lah kopi tu.


Bagi aku sedap rasa kopi ni. Rasa pahit dan manis dia nice. Aku bagi nilai, 3.3/5.


31 March 2022, Khamis

Aku balik dari kerja macam biasa mesti nak singgah mengopi. Sebenarnya aku nak repeat buat kali kedua mengopi di Kopi Amba. Kali ni aku nak minum kopi karamel macchiato.



Bagi aku, kopi ni rasa pahit dan manis dia just nice. Not bad. Aku bagi nilai, 3.6/5.

Aku mengopi dan lunch di tepi Pantai Sepat masa tu. 



Saja nak lepak kat tepi pantai.


1 April 2022, Jumaat

Sedar tak sedar dah 1 April. Bulan Ramadhan pun around the corner. Jadi kita tangguh dulu sesi coffee exploring kita dengan Kopi Yogurt dari Kopi Saigon - Kuantan.



Sepanjang perjalanan balik rumah aku layan kopi Yogurt ni. Bagi aku, rasa kopi ni lebih kurang sama dengan kopi kelapa. Cuma, ni rasa masam yogurt dan not bad rasa dia. Aku bagi nilai, 3/5.





Comments

Popular Posts