Aku hadiri majlis konvokesyen aku.

Minggu ni adalah minggu aku menghadiri konvokesyen. Padahal satu hari je pun. Aku kalau ada urusan ke Kuantan mesti tak lepaskan peluang untuk food and coffee hunting macam tiada hari esok.


17 March 2022, Khamis

Pada pagi yang mendung dan hujan ni, Aku menyarung baju Melayu hitam untuk menghadiri majlis konvokesyen aku di Kuantan. Memang sudah menjadi impian aku memakai baju Melayu hitam beserta jubah konvo dihari bersejarah tersebut.


Selepas dua tahun menanti, akhirnya merasa juga aku konvo walau tanpa keluarga disisi.

Tamat je majlis konvokesyen, aku pergi lunch dan teruskan agenda coffee exploring aku di  Kopi Saigon - Kuantan. Aku dapat tahu je Kopi Saigon ada di Kuantan, terus aku rancang nak mengopi disana lepas selesai majlis.



Untuk permulaan, aku minum dulu kopi kelapa.


Bagi aku, kopi ni rasa pahit dan rasa santan. Rasa manis ada juga. Aku tak berapa gemar sangat rasa dia. Tapi, Aku masih boleh habiskan kopi ni. Aku bagi nilai, 2.8/5.


18 March 2022, Jumaat

Semalam, balik dari konvokesyen singgah kedai beli krep durian. Hari Jumaat baru makan. 




Pandangan aku bagi keep durian ni, rasa durian yang real. Isi durian tu banyak. Cuma, aku tak suka sikit dengan kulit dia. Kalau nipis sikit kulit dia ok dah. Aku bagi nilai, 3.6/5.


23 March 2022, Rabu

Pagi tu macam biasa aku akan sarapan dulu sebelum memulakan kelas. Aku makan roti sosej dan kopi o limau.



Bagi aku kopi tu rasa pahit, manis dan masam sikit. Not bad jugalah rasa kopi dia. Aku bagi nilai, 2.9/5.

Balik kerja, aku singgah kedai Halimah Store nak minum air coklat. 


Bagi aku rasa coklat yang just nice manis dia. Ada rasa susu. Minuman yang sedap. Aku bagi nilai, 3.9/5.

Comments

Popular Posts