Aku dah sembuh COVID-19, pergi ambil jubah konvo.

Setelah tujuh hari aku dijangkiti COVID-19, akhirnya aku telah sembuh. Kebetulan, minggu tu adalah minggu kedua pengambilan jubah konvokesyen. Dua tahun juga aku tunggu untuk menghadiri konvokesyen.

10 March 2022 Khamis

Setelah sembuh COVID-19, aku ambil keputusan untuk datang ke UMP Gambang untuk mengambil jubah konvokesyen. 

Sudah dua tahun tak masuk UMP Gambang. Rasa segan pula nak jumpa staff kat sana.

Misi ambil jubah konvo selesai. Masa yang diambil untuk mengambil jubah lebih kurang 10 minit. Sekejap sahaja. Selebihnya, aku jumpa staff dan bergambar di kawasan UMP dengan memakai jubah konvokesyen.

Selepas selesai urusan pengambilan jubah, masa untuk coffee exploring. Aku dah lama nak mengopi di  Stesen Kopi Gambang. Nak datang selepas waktu kerja memang kena lencong jauh dari laluan balik rumah. Waktu cuti pun aku tak rajin nak pergi jauh-jauh.

Menu yang aku minum pada masa tu caramel latte dan makan spicy wedges.


Pandangan aku tentang caramel latte memang sedap. Manis dan pahit dia seimbang bagi aku. Aku bagi nilai, 3.8/5. Tak sia-sia aku singgah minum. Spicy wedges tu sedap tapi pedaslah. Aku tak boleh nak habiskan mungkin sebab lidah aku baru nak pulih lepas kena COVID-19 haritu. Aku bagi nilai, 3.3/5.

12 March 2022 Sabtu

Petang tu sangat panas. Aku decided nak makan ice cream dengan anak saudara aku. Jadi, aku start moto dan bawa dia ke kedai tempat aku buat part time. Aku beli dua ice cream. Satu untuk aku, satu untuk anak saudara aku. 



Bagi aku, aiskrim ni rasa manis dan masam. Not bad lah untuk sejukkan tekak masa cuaca panas. Aku bagi nilai, 3.3/5.


14 March 2022 Isnin

Hari ni aku nak hantar baiki moto aku. Selesai je baiki motor, aku terus bergegas untuk beli kopi Vietnam di Kopi K Pekan


Bagi aku rasa kopi dia ada rasa pahit hangus yang boleh aku terima. Rasa manis dia ngam. Not bad rasa dia. Aku bagi nilai, 3.6/5. Lepas ni balik kerja boleh terus singgah minum sebab dekat je dengan rumah selagi belum bulan Ramadhan.


16 March 2022, Rabu

Hari ni aku jogging macam biasa. Bagi nak topup balik kalori yang terbuang, aku pun makan makanan di Mcd Pekan.




Aku makan Spicy Sesame Mc Chicken dan minum Ice Blend Green Tea Latte. Bagi aku rasa sos burger tu masam dan pedas. Tapi not bad jugalah rasa dia. Aku bagi nilai, 3.3/5. Ice blend tu not bad juga. Tak berapa nak rasa latte. Manis rasa dia. Aku bagi nilai, 3.4/5. Tak tahu lah kalau green tea sahaja rasa macam mana ye? 🤔


Comments

Popular Posts